Artikel Pilihan

TOYOTA GR YARIS CABAR TOYOTA SUPRA. KALAH 0.1 SAAT JE WEI

Rancangan permotoran Carwow sekali lagi membuat satu video menarik antara Toyota GR Yaris dengan abang sulungnya iaitu Toyota GR Supra. Sebelum ini Carwow telah membuat satu video perbandingan antara Toyota GR Yaris dengan Mitsubishi Evolution 6 TME dalam ujian perlumbaan drag, ujian brek dan juga roll race. Dalam video sebelum ini Toyota GR Yaris yang digunakan ialah varian standard asal kilang.

Bagi video kedua ini, Carwow melakukan perlumbaan yang sama namun lawan Toyota GR Yaris ialah Toyota GR Supra. Bagi varian yang dijual di UK, Toyota GR Supra yang digunakan dalam video ini menghasilkan 340 kuasa kuda (Varian 2019) dan 500Nm tork dari enjin B58 yang dibekalkan oleh BMW. Semua kuasa dihantar ke roda belakang dengan menggunakan transmisi 8 kelajuan automatik. Namun kelemahan utama Toyota GR Supra ialah beratnya iaitu sekitar 1495kg.

Toyota GR Yaris dalam video ini bukanlah versi standard kompang kerana ia datang dengan ciri Circuit Pack dimana ciri differential depan dan belakang adalah standard. Dengan berat sekitar 1280kg sahaja, GR Yaris jauh lebih ringan walaupun datang dengan ciri pacuan semua roda AWD. Dalam varian standard GR Yaris menghasilkan 261 kuasa kuda dan 360Nm tork dari enjin 3 silinder turbo 1600cc.

Tapi unit yang digunakan dalam video ini telah dinaiktaraf sehingga 302 kuasa kuda dan 385Nm tork. Semua peningkatan kuasa ini dilakukan dengan kos sekitar 640 pound. Hasilnya GR Yaris ini kalah hanya 0.1 saat sahaja dalam 2 ujian perlumbaan drag dengan Toyota GR Supra. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Google ads
Back to top button