Buletin

GEEELY BAKAL LANCAR JENAMA ZEEKR. EV MEWAH UNTUK LAWAN TESLA DAN MERCEDES-BENZ

Geely dilapor bakal melancarkan satu jenama yang menghasilkan kereta elektrik mewah bagi menyaingi jualan Tesla yang berkembang pantas di China. 

Pengeluar kenderaan yang memiliki jenama Volvo, Lynk & Co, Polestar dan Proton itu juga mahu menggunakan strategi penjenamaan serta jualan baharu. 

Jenama kereta elektrik yang dikenali sebagai Zeekr itu akan dikendalikan oleh sebuah anak syarikat Geely, Lingling Technologies. Bulan lalu, Reuters melaporkan bahawa Lingling Technologies akan menjalankan kajian. Selain menggunakan seni bina kenderaan elektrik terkini Geely dan membangunkan strategi EV melibatkan pelbagai jenama di bawah Geely. 

Zeekr akan cuba bersaing dengan Tesla yang menyaksikan angka jualannya meningkat mendadak di pasaran China sejak akhir-akhir ini. Ia berhasrat untuk menghasilkan EV premium yang mampu menandingi pengeluar kereta mewah seperti Mercedes-Benz. 

Bagi merealisasikan impian tersebut, Zeekr bakal menggunakan bilik pameran di bandar-banar utama China untuk menjual kereta pada harga tetap. Senang cakap, ia akan meniru taktik jualan yang dirintis oleh Tesla. 

Jenama itu akan menggunakan kerangka Sustainable Experience Architecture (SEA). Geely memanggilnya sebagai seni bina kereta elektrik sumber terbuka pertama yang didakwa cukup versatil dan efisien.

Boleh menempatkan pek bateri berkapasiti 110kWh, Geely berjanji yang platform SEA mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 700km dan memiliki motor elektrik berkuasa 635hp. Ia juga direka supaya boleh dicaj dalam masa cuma lima minit untuk jarak sejauh 120km dan mampu beroperasi sehinggga 2 juta kilometer. 

Polestar yang juga dimiliki oleh Geely baru-baru ini memperkenalkan pelan pengembangan untuk menandingi Tesla. Persoalan sama ada pelancaran Zeekr akan menjejaskan Polestar masih belum dapat dipastikan. 

Google ads
Back to top button