Artikel PilihanBuletin

TOYOTA HASILKAN SEMULA ALATGANTI SUPRA JZA80 DAN A70

Ini mungkin permulaan berita gembira yang datang dari Toyota. Toyota tidak lama lagi akan menghasilkan semula peralatan gantian untuk Supra bagi model A70 dan A80 Supra.

Berita tersbeut diumumkan oleh Shigeki Tomoyama, ketua Gazoo Racing dan A80, pada pelancaran Supra baru untuk pasaran Jepun pada 17 Mei lepas.

Tomoyama mengumumkan Projek Bahagian Warisan GR yang berdiri dari  beberapa generasi Supra, termasuk model 2020 dan A80 sendiri. Sebaik diumumkan tepukan gemuruh dan sorakan kuat diterima ketika orang ramai dan pemilik Supra yang berkumpul di acara pameran bertempat di Toyota Megaweb di Odaiba.

“Kami tidak boleh menjawab mengenai bahagian tertentu yang akan dihasilkan pada masa ini. Namun apa yang pasti, kami akan berusaha lebih baik untuk memenuhi permintaan pemilik,” kata Tomoyama.

Beliau kemudian mengulas mengenai perubahan dalam industri automotif.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

“Satu ketika dahulu, kuda yang pernah menjadi alat pengangkutan telah digantikan dengan kereta, tetapi kuda lumba tetap ada. Ada orang di seluruh dunia yang suka kuda, “kata Tomoyama.

“Keinginan manusia untuk bergerak bebas, cepat, dan pantas mengikut kehendak seseorang adalah berbeza… Kita perlu menyalurkan DNA ini kepada generasi akan datang. Cabaran Toyota Gazoo Racing adalah untuk membuat kereta benar-benar menarik dalam 100 tahun akan datang. “

Dengan pelancaran Projek Bahagian Warisan GR, Toyota kini sudah menyertai Nissan, Mazda, dan Honda sebagai pembuat kereta Jepun dengan program-program bahagian warisan.

Nissan mengumumkan penghasilan semula komponen untuk R32 Skyline GT-R dan baru-baru ini memperluaskan program ini kepada model R33 dan R34. Honda telah lama menawarkan program NSX dan kini membuat bahagian untuk Honda Beat juga. Sementara itu, Mazda melancarkan program NA Roadster / Miata.

Tomoyama-san jelas mempunyai matlamat peribadi dalam membuat keputusan membekalkan alat ganti untuk Supra. Kereta beliau sendiri adalah putih Supra JZA80 dengan pakej TRD aero dan 600 kuasa kuda

“Supra baru adalah kereta yang hebat,” jawab apabila ditanya mengenai A90, “Tetapi saya tidak bermaksud untuk melepaskan 80 Supra ini dalam hidup saya.”

Google ads
Back to top button