Motosikal

YAMAHA PERKENAL LIVERY BAHARU UNTUK COCA-COLA SUZUKA 8 HOURS ENDURANCE RACE

Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan barisan pasukannya yang akan bersaing dalam acara “Coca-Cola” Suzuka 8 Hours Endurance Race.

Perlumbaan itu dijadual berlangsung bermula 25 hingga 28 Julai di Litar Suzuka, Jepun.   

Pasukan Yamaha Factory Racing #21 berazam untuk mencata kemenangan kelima berturut-turut. Ia akan disertai oleh pasukan #7 YART Yamaha Official EWC sebagai sebahagian daripada musim Endurance World Championship (EWC) 2018–2019.

Apa yang menarik ialah jentera YZF-R1 pasukan akan tampil dengan livery diinspirasikan daripada pasukan Yamaha TECH21 tahun 1985. Ia sempena sambutan 21 tahun pengeluaran YZF-R1.

Pasukan Yamaha Factory Racing Team mengekalkan pelumba sama sejak tahun 2017 iaitu Katsuyuki Nakasuga, Alex Lowes dan Michael van der Mark.

Ia sekali lagi diuruskan oleh pengurus All Japan JSB1000 Yamaha Factory Racing Team, Wataru Yoshikawa.

Google ads
Back to top button