
TOYOTA TACOMA TRD PRO 2024, PASANG PENYERAP HENTAK PADA KUSYEN
Toyota Tacoma Xtra Cab merupakan salah satu produk Toyota yang sangat menarik bagi pasaran Amerika. Selain diberikan transmisi manual 6 kelajuan, ia juga dipadankan dengan enjin turbo dan juga hibrid yang sangat berkuasa
Dalam keadaan stok daripada kilang, enjin 2400cc 4 silinder dan sistem hibrid ini menjana 362 kuasa kuda dan 630Nm tork. Namun selain dari[ada enjin hibrid turbo yang berkuasa, Toyota Tacoma juga dipasang kusyen baru yang dikenali sebagai IsoDynamic Performance Seats.
Secara asasnya, kusyen ini akan dipasang dengan dengan sepasang penyerap hentakan gas di bahagian penyandar. Tujuan utama pemasangan ialah untuk menyerap hentakan samaada dari menegak atau dari sisi semasa cesi kenderaan bergerak.
Ia akan mengurangkan hentakan yang akan diterima oleh pemandu semasa melalui permukaan jalan yang kasar dan penyerap hentakan perlumbaan Fox yang dipasang pada roda gagal menyerap hentakan tersebut
Selain itu sistem ini juga akan memberikan lebih kestabilan pada pemandu dan juga penumpang depan, terutama pada bahagin atas tubuh dan juga kepala. Dalam pemanduan offroad, adalah menjadi kebiasaan untuk pemandu dan juga penumpang terasa melambung-lambung ketika melalui jalan tidak rata dengan laju
Selain diberikan bolster yang lebih tebal, Toyota juga menghasilkan kerangka kusyen ini daripada tiub keluli dengan kaedah tempaan panas, resin bagi mengurangkan berat, dan spring dengan alas bebola besi bagi memudahkan pergerakan kusyen
Penyerap hentak pula dipasang dengan injap Schrader valve yang membolehkan anda melaraskan kekerasan penyerap hentak ini mengikut berat anda serta mengurangkan kelesuan badan akibat gegaran. Tapi jika anda melalui jalan biasa, kusyen ini boleh disetkan menjadi kusyen biasa yang tidak akan bergerak
Pada masa sama, kusyen ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri moden yang lain seperti pengudaraan, alat pemanas bagi cuaca sejuk, dan juga pelarasan kuasa. IsoDynamic Performance Seats hanya akan ditawarkan pada varian TRD Pro sahaja di pasaran Amerika




