
KAWASAKI NINJA ZX-6R 2024 DIKEMAS KINI, PATUH PERATURAN EMISI
Kawasaki Ninja ZX-6R menerima kemas kini untuk model 2024 terutamanya dari segi kecekapan dan kebolehupayaan.
Kawasaki mendakwa, perubahan dilakukan adalah disebabkan oleh peraturan emisi baharu selain menambah teknologi bagi menyesuaikan gaya masa kini.
Enjin Ninja ZX-6R masih dipacu oleh 636cc penyejuk cecair sebaris 4-silinder dengan DOHC. Walau bagaimanapun, Kawasaki telah menyemak semula profil cam untuk prestasi rpm lebih rendah sekali gus memenuhi piawaian pelepasan.

Selain itu, ia dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan dan klac slip/assist.
Suspensi juga kekal tidak berubah, termasuk fork Showa SFF-BP 41mm dan Uni-Trak boleh laras. Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-6R mempunyai ketinggian tempat duduk 32.7 inci, manakala berat tanpa ABS ialah 193kg sementara versi ABS pula, seberat 195kg.
Kawasaki turut menaiktaraf sistem brek, menampilkan angkup Nissin empat omboh berkembar yang mencengkam dua kaliper brek bersaiz 310mm di depan, sementara bahagian belakang pula dilengkapi kaliper tunggal 220mm.

Tambahan, Kawasaki Ninja ZX-6R menerima tayar baharu iaitu tayar Pirelli Diablo Rosso IV.
Perincian lain terdapat pada jentera ini termasuklah skrin TFT warna penuh bersaiz 4.3-inci dengan ketersambungan telefon pintar termasuk penggunaan aplikasi Rideology.
Melalui aplikasi itu, penunggang boleh melihat maklumat kenderaan, maklumat laluan GPS, pemberitahuan telefon serta tetapan umum.
Kawasaki Ninja ZX-6R dilengkapi tiga mod tunggangan iaitu Sport, Road dan Rain. Ciri kawalan elektronik pada jentera ini merangkumi Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake System, diikuti dengan sistem quickshifter serta kawalan cengkaman secara standard.
Kawasaki Ninja ZX-6R 2024 boleh didapati tanpa ABS dalam warna Metallic Flat Spark Black / Ebony dan Pearl Robotic White / Metallic Graphite Grey pada harga AS$11,299 (RM52,195).
Sementara versi ABS, tersedia dalam warna yang sama, bernilai AS12,299 (RM56,815).
GALERI:






- BACA: EMOS LANCAR KAWASAKI Z900 & Z900 SE. METER TFT, SUSPENSI OHLINS, BERMULA RM44K
- BACA: HONDA, KAWASAKI, SUZUKI DAN YAMAHA BENTUK HYSE – BINA ENJIN BERKUASA HIDROGEN
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: EMOS LANCAR KAWASAKI KX250, KX250X & Z H2 SE. BERMULA RM35K
- BACA: KAWASAKI NINJA ZX-4RR TIBA DI INDONESIA – ENJIN 399CC, 79.1HP, HARGA BERMULA RM70K

