Artikel Pilihan

VIDEO: TALK SHOW AUTO KE AUTA (EPISOD 1): DENGAR APA ABANG JAPAR NAK SEMBANG TENTANG Y SUKU

Sebenarnya, ini merupakan kali pertama Mekanika Malaysia bergabung dengan dua lagi laman web pemotoran popular negara iaitu Automachi (Bahasa Cina) dan Careta (Bahasa Malaysia).

Selepas beberapa sesi brainstorming, kami akhirnya sepakat untuk mengadakan siri talk show yang membincangkan mengenai isu-isu berkaitan dunia pemotoran dalam dan luar negara.  

Untuk episod pertama, beberapa topik telah disentuh:

  • Maserati Levente Volcano – betul ke harganya murah?
  • Kenapa Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Y Suku begitu popular?
  • Hezeri tak puas hati dengan Proton? Sekarang dah jadi fanboy Perodua pulak?
  • Betulkah pengganti Proton Exora akan dilancarkan?
  • Rakyat Malaysia sudah boleh terima jenama dari China?

Ini ialah pilot projek kami. Jadi, maafkanlah kalau ada yang terlebih atau terkurang. Banner belakang tu pun tak sempat nak pasang. hahaha..

Jika anda ada sebarang cadangan mengenai apa jua tajuk yang ingin kami ulas dalam episod seterusnya, kongsikan sahaja di komen Facebook.

Insya Allah kami akan lakukan yang sebaik mungkin untuk manfaat semua.

Hah, tunggu apa lagi? Sila tonton video penuh di bawah. Komen yang murni-murni saja tau…

Tags
Google ads
Back to top button