Buletin

TUJUH PEKERJA TOYOTA KE JEPUN

Toyota Skills Contest 2015 membuktikan bahawa kecemerlangan khidmat pelanggan tidak hanya berakhir sebaik pelanggan membeli kereta.

All Champion’s Group Photo with Top Management

Sebaliknya, 12 juara yang menyertai pertandingan berkenaan menunjukkan pengalaman pemilikan pelanggan berterusan selepas itu.

Toyota Skills Contest adalah acara tahunan yang melibatkan kakitangan Toyota. Ia menyediakan platform untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja dalam mengendalikan operasi harian dan menganalisis kerosakan demi kepuasan pelanggan.

Selaras dengan falsafah ‘Kaizen’ Toyota, penambahbaikan yang berterusan tidak hanya fokus pada produk. Tetapi juga kegigihan pekerja menawarkan perkhidmatan lebih baik.

Toyota Skills Contest 2015-MEKANIKA (3)

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, berdasarkan penambahan peserta beberapa tahun kebelakangan ini, ia satu petanda positif.

“Ia menunjukan keinginan kakitangan selepas jualan memacu syarikat untuk lebih cemerlang dalam perkhidmatan pelanggan.

“Saya berpuas hati dengan motivasi mereka untuk mencapai kecemerlangan menerusi pertandingan berkenaan yang membolehkan mereka mempamerkan keupayaan terbaik masing-masing,” katanya.

Toyota Skills Contest 2015-MEKANIKA (1)

Peserta akan dinilai keupayaan menyelesaikan masalah dengan melaksanakan 5S, prosedur operasi standard keselamatan serta kualiti kemasan badan dan cat. Terdapat juga simulasi yang mana setiap individu perlu berhadapan dengan situasi mengendalikan kerenah pelanggan yang mencabar.

Memasuki tahun ke-26, lebih daripada 1,200 peserta menyertai 12 kategori yang disediakan. Peningkatan 169 peserta berbanding sebelumnya. Juara dari tujuh kategori utama akan menerima tajaan  perjalanan ke Jepun dan menyertai Toyota Annual Assembly of International Customer Service Champion, anjuran Toyota Motor Corporation.

Sementara lima lagi pemenang bagi kategori inisiatif tempatan berpeluang memilih percutian dalam negara Asean. Perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Toyota. Selain hadiah utama, juara, tempat kedua dan ketiga setiap kategori turut menerima wang tunai dan plak.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button