Modifikasi

EVO III HKS KANSAI!

Ramai peminat Evo yang kurang mampu membeli model asli telah mengambil keputusan mengubah suai Proton Wira iaitu kembar seiras Lancer untuk dijadikan jelmaan Evo I, II atau III.

MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (4)

Tetapi agak kesian juga dengan golongan ini. Kerja keras mereka mengubah suai Wira menjadi Evo tidak digemari oleh pihak berkuasa. Ramai yang sudah kena saman disebabkan hobi mereka ini.

Nak cari casis Lancer siri CB yang asli untuk diubah suai pun sama susah macam nak cari Evo III original. Kalau jumpa pun, harga orang letak memang dah tahap mengarut. Harga kereta dah mahal, belum masuk harga nak convert lagi.

BACA – EVO FINAL EDITION

BACA – EVO 6 D4MD

Namun, kalau anda bernasib baik macam Duan ini, anda boleh dapat model Lancer CB yang sudah diubah suai penuh kepada Evo III. Walaupun bukan Evo asli, tapi Lancer ini boleh dikatakan dah menjadi Evo III dengan sempurna, malah lebih hebat daripada yang asli.

Buat pertama kali dalam sejarah hidup, saya bertemu dengan chasis Lancer CB8, model Lancer ori yang asalnya menggunakan enjin diesel. Saya tak tau sejarah kereta ni, macam mana boleh masuk Malaysia kerana kereta dengan enjin diesel sememangnya bukan satu pilihan popular rakyat Malaysia. Mungkin kereta ini dulu dibawa masuk untuk dijadikan teksi agaknya?

MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (20)

Dengan enjin diesel asal bersesaran 2,000cc, jadi tiada masalah nak sumbat enjin 4G63 daripada Evo III ke chasis Lancer ini. Hendak dapatkan kelulusan pihak berkuasa lebih senang. Biarpun terpaksa dapatkan kelulusan Jabatan Kawalselia Teknik sebab sistem bahan api dah berubah daripada diesel ke petrol.

Enjin Evo III yang cukup terkenal dengan kuasanya yang tinggi mendapat lagi sentuhan peribadi pemiliknya. Enjin ini dihantar ke bengkel Du-One Racing untuk mendapat komponen baharu.

MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (19)

Menggantikan barang-barang asal di dalam enjin ialah satu set omboh Wiseco yang digabungkan dengan conrod daripada Duratech. Semua bearing enjin diganti dengan bearing jenis perlumbaan ACL Racing.

Kepala silinder enjin dilakukan kerja-kerja port dan polish. Aci sesondol asal diganti dengan aci sesondol HKS dengan durasi 264°. Sepasang pelaras aci sesondol HKS turut disalin bagi melaraskan cam timing dengan lebih tepat. Selepas blok dan kepala silinder enjin bercantum semula, Duan mengalihkan perhatian kepada sistem turbo.

MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (18)

Turbin TD05 asal enjin ni dikekalkan. Tetapi ia sekarang menggunakan wastegate jenis external Turbosmart Ultra Gate 38mm. Gas ekzos diluncurkan keluar dengan pantas melalui paip ekzos 3 inci custom dengan peredam bunyi Monster Sport.

Alang-alang dah dapat badan Lancer asli, baik masukkan terus sistem trasmisi pacuan empat roda Evo III yang lengkap merangkumi kotak gear, long shaft dan gandar  belakang. Klac standard Evo pula  diganti dengan klac jenis perlumbaan OS Giken.

MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (1)

Duan memilih penyerap hentak Tein yang boleh dilaras ketinggian dan kekerasannya. Tugas membrek diserahkan kepada satu set lengkep brek cakera OEM Evo III  standard. Rim pilihan Duan ialah Volk Racing TE37 bersaiz 17 inci yang dibalut tayar Continental bersaiz 225/45/17.

MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (9)

Kalau geng-geng Wira rasa bangga dapat salin masuk bodykit asli Evo III, Duan naik setaraf lagi apabila berjaya mendapatkan bodykit HKS Kansai original untuk Evo III yang teramatlah rare.

Sebenarnya model Evo I hingga Evo III jarang orang nak ganti bodykit. Orang Jepun pun suka layan bodykit yang asli. Sebab itu bodykit aftermarket macam ini untuk body Evo III amat rare.

MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (2)

Bodykit HKS Kansai datang dengan bampar depan, fender depan dan belakang jenis lebar. Satu lagi barang ialah bonet depan yang mempunyai lubang angin lebih besar dan dalam daripada yang asli.

Selain bodykit HKS Kansai, Duan turut memasang barang Evo III asli macam sunroof dan cermin dengan penggilap di belakang. Aksesori lain yang ditambah ialah gugusan lampu belakang jenis LED dan cermin sisi Ganador.

MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (15)

Untuk bahagian kabin, hampir semua panel dalaman sudah disalin dengan barang asli Evo III termasuk papan pemuka dan panel-panel pintu. Tempat duduk depan menggunakan khidmat Recaro versi Tommi Makinen.

Selain meter-meter tambahan i Defi. Sebuah turbo timer A’PEXi juga berjaya diselit dan stereng diganti dengan stereng OMP.

MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (13)

Walaupun kadang-kala diejek sebab rupanya sama dengan Proton Wira, saya masih menganggap keluarga Evo I, II dan III ialah antara Evo yang terbaik pernah dihasilkan. Ia masih menjadi idaman saya sampai sekarang.

GALERI

MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (6)MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (7)MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (8)MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (10)MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (11)MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (12)MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (14)MItsubishi-Lancer-Evo-III-HKS-Kansai-mekanika (21)

 

 

Google ads
Back to top button