Buletin

TUN M MAHU BINA SYARIKAT KERETA BARU. DAKWA PROTON KINI MILIK CHINA.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sedang dalam rangka lawatan ke Jepun. Beliau tiba semalam dan berucap dalam persidangan Nikkei di Tokyo.

Antara isi ucapan penting semalam ialah pendapat beliau tentang perjanjian Trans Pasifik (TPP) yang mahu dirunding semula. Ia diharap dapat membantu negara-negara lemah dalam aspek perdagangan antarabangsa.

BACA: SUV PROTON AKAN DILANCAR OKTOBER

Selain itu, apa yang lebih menarik ialah pandangan beliau tentang Proton. Beliau berhasrat untuk membina satu lagi syarikat kereta nasional setelah mendakwa Proton kini sudah jadi milik China.

“Proton bukan lagi kereta nasional. “Ia sekarang milik China” ujar Mahathir yang merujuk kepada kepentingan 49.9 peratus Proton yang kini dimiliki Kumpulan Geely Holdings.

Mahathir merancang untuk memulakan projek kereta nasional baru. Berkemungkinan dengan bantuan negara-negara ASEAN yang lain.

Mei tahun lalu, Proton telah menjual kepentingan sahamnya sebanyak 49.9 peratus kepada Zhejiang Geely Holding Group.Proton masih memegang saham majoriti sebanyak 50.1 peratus.

Perjanjian ini akan membolehkan PROTON mendapat akses kepada pelbagai platform serta enjin dibawah Geely Holding, di samping menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China tersebut, termasuklah pasaran kereta-pemanduan kanan di Asia Tenggara.

 

Google ads
Back to top button