
Motosikal
REPLIKA SHARK RACE-R PRO
Topi keledar Juara Dunia MotoGP 2015, Jorge Lorenzo iaitu Shark melancarkan edisi terhad replika Race-R PRO.
Walaupun hanya sebuah replika, Shark memberi jaminan bahawa kualiti topi keledar berkenaan memenuhi kehendak penunggang menerusi ciri-ciri seperti ringan, selesa dan pengudaraan. Race-R PRO ditampal dengan logo Monster Energy dan berciri Lorenzo Por Fuera.
Shark menyatakan bahawa Race-R PRO diperbuat daripada gentian karbon aramid dan terdapat double blade spoiler untuk prestasi terbaik ketika kelajuan tinggi. Bahagian visor dibuat sangat teliti dan memiliki ketebalan berbeza pada setiap sisi. Pada bahagian hujung hanya 2.8mm. Sementara bahagian tengah mencecah 4.25mm.
Race-R PRO dijual pada harga sekitar £419.99 (RM2,325) seunit.