Artikel PilihanBuletin

VERSI SPORT MAZDA3 MPS AKAN KEMBALI?

Mazda3 MPS ialah sebuah model prestasi tinggi Mazda yang telah dihentikan pengeluarannya sejak 2013. Namun begitu, jangan putus asa kerana Mazda dikatakan sedang mempertimbangkan Mazda3 untuk menyaingi VW Golf GTI.

Menurut laman web Autocar, produksi Mazda3 MPS generasi baru berkemungkinan besar akan mendapat lampu hijau menjelang 2021.

Beberapa enjin telah dipertimbangkan untuk projek ini, tetapi kemungkinan besar akan menggunakan enjin empat silinder turbocharged 2.5-liter yang menggerakkan CX-5 dan Mazda6. Unit enjin ini menghasilkan kuasa kuda 250 hp dan tork 310 lb-ft.

Ini merupakan peningkatan yang ketara ke atas model semasa enjin empat silinder Mazda3 2019 yang mengeluarkan 186 hp dan 186 lb-ft tork.

Belum ada sebarang maklumat samada Mazda3 MPS akan ditawarkan dengan pacuan roda hadapan atau semua roda, tetapi pacuan AWD adalah pilihan yang lebih praktikal.

“Mazda 3 adalah kenderaan yang ringan, jadi jika ada kuasa yang terlalu banyak dan menggunakan pacuan roda hadapan, terdapat fenomena toque steer yang ketara,” kata pengurus program Mazda3, Kota Beppu.

Walaupun Mazda3 berprestasi tinggi belum diberikan lampu hijau, sumber dalaman Mazda menegaskan bahawa ia hanya “formaliti”.

“Beppu juga berminat untuk melihatnya memasuki pengeluaran.

“Saya seorang peminat kereta, jadi saya sendiri mahu memandu prestasi tinggi Mazda 3 … saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Beppu menambah, terdapat minat yang tinggi untuk Mazda3 MPS di negara-negara “paling maju”, termasuk AS, Jepun dan Australia.

Beppu menambah bahawa dia tidak melihat prestasi tinggi Mazda 3 sebagai juara di litar lumba, kerana masih terdapat penekanan terhadap keselesaan dan penggunaan seharian.

“Ia perlu berprestasi dan selesa… lebih selesa daripada Golf GTI,” katanya sambil menambah:

“ia sepatutnya pantas” dan merujuk kepada kereta itu sebagai “hyper” Mazda 3.

Google ads
"
"
Back to top button