
VESPA 946 10° DIPERKENALKAN DI MALAYSIA – TERHAD 20 UNIT, HARGA BERMULA RM99K
Vespa Malaysia melalui Didi Group baru-baru ini memperkenalkan model edisi terhad sempena Tahun Arnab, iaitu Vespa 946 10° Anniversario.
Hanya tersedia 1,000 unit di seluruh dunia, jentera ini boleh dimiliki pada harga bermula RM99,900 dan untuk pasaran tempatan, hanya 20 unit sahaja disediakan.
Tampil klasik, skuter ini mempunyai kemasan arnab di hadapan serta belakang selain, diserlahkan dengan warna hijau yang ikonik.

Perincian lain termasuklah menerima upholsteri berwarna hitam, dijahit dengan teliti menggunakan jarum serta benang. Selain itu, grip hendal juga menerima kemasan yang sama.
Vespa 946 10° Anniversario turut dilengkapi rim aloi-12 inci, cakera brek bersaiz 220mm serta angkup brek di depan dan belakang, sistem ABS dua saluran dengan ciri kawalan cengkaman.
Beralih kepada kuasa, jentera ini dipacu oleh enjin 155cc 1 silinder, menghasilkan 12.7hp pada 7,750rpm dan 12.8Nm pada 6,500rpm.
GALERI:









- BACA: DIDI GROUP RASMI PUSAT 3S VESPA DAN APIRILIA BAHARU DI ALOR SETAR
- BACA: VESPA PRIMAVERA COLOR VIBE – TAMPIL CERIA DAN POSITIF, BERMULA RM22K
- BACA: VESPA GTS 300 TIBA DI PASARAN MALAYSIA – DUA VARIAN, 23.8HP, HARGA BERMULA RM32K SEUNIT
- BACA: VESPA LANCAR KOLEKSI WARNA BAHARU UNTUK PRIMAVERA DAN SPRINT 2022