
VESPA PRIMAVERA COLOR VIBE – TAMPIL CERIA DAN POSITIF, BERMULA RM22K
Didi Group, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia memperkenalkan warna baharu Vespa Primavera iaitu Color Vibe yang tampil lebih berwarna-warni dan berjiwa muda.
Vespa Primavera Color Vibe memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berfikiran positif. Maka padanan Orange Tramonto atau Blue Audace dilihat sangat sesuai menghadirkan nuansa serta aura ceria.

Dari segi estetika, Vespa Primavera Color Vibe masih mengekalkan karakter retro, terutama menerusi grafik khas yang sekali gus menyerlahkan lagi skuter ini.
Jentera itu dilengkapi penyerap hentak jenis hidraulik (hadapan), penyerap hentak boleh laras (belakang), brek cakera 200mm (hadapan) berserta ABS, sementara di belakang menerima cakera 140mm.
Secara mekanikal, Vespa Primavera Color Vibe dipacu oleh enjin 154.8cc, menghasilkan 12.9hp pada 7,750rpm dan 12.8Nm tork pada 6,500rpm.
Anda boleh memiliki Vespa Primavera Color Vibe pada harga bermula RM22,300.
- BACA: VESPA LANCAR KOLEKSI WARNA BAHARU UNTUK PRIMAVERA DAN SPRINT 2022
- BACA: RAIKAN ULANG TAHUN KE-75, VESPA PERKENAL PRIMAVERA 150 DAN GTS 300 EDISI ISTIMEWA. BERMULA RM23.5K
- BACA: VESPA PRIMAVERA PIC NIC. GAYA SANTAI, RM19,900 SAHAJA
- BACA: VESPA PRIMAVERA SEAN WOTHERSPOON. SKUTER WARNA-WARNI, RM24,960 SEUNIT









