Buletin

BERMAZ AUTO TAWAR 7 TAHUN WARANTI DAN SERVIS PERCUMA

Pengedar jenama PEUGEOT di Malaysia, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd, kini menawarkan 7 tahun Waranti dan 7 tahun Servis Percuma serta subsidi insurans untuk model terpilih.

Untuk makluman, tawaran ini hanya sah bagi model yang ditempah bermula 1 September hingga 31 Oktober 2023.

Selain itu, tawaran ini juga terhad bagi tempahan model seperti berikut:

  • PEUGEOT 2008
  • PEUGEOT 3008
  • PEUGEOT 5008

Untuk menyertai kempen ini, pemilik PEUGEOT hanya perlu mendaftarkan kenderaan baharu mereka di mana-mana pengedar sah PEUGEOT semasa tempoh kempen.

Peminat PEUGEOT boleh merebut peluang ini dan memiliki PEUGEOT idaman mereka di mana-mana pengedar sah atau kunjungi BAuto Roadshow di Oval Concourse, 1 Utama pada 11 hingga 15 Oktober 2023.

Google ads
Back to top button