" "
Buletin

VESPA LANCAR KOLEKSI WARNA BAHARU UNTUK PRIMAVERA DAN SPRINT 2022

Sempena acara KL Fashion Week 2022, Vespa memperkenalkan koleksi warna serba baharu untuk Vespa Primavera dan Vespa Sprint serta Vespa S 125 kepada peminat Vespa di Malaysia.

Vespa dan KLFW mengadakan pertandingan untuk mencipta karya seni yang akan menjadi koleksi warna baharu Vespa Primavera dan Vespa Sprint. Pemenang akan berpeluang melihat karya mereka dihidupkan semasa KL Fashion Week serta hadiah wang tunai.

Penampilan Primavera 2022 serba baharu tersedia dengan warna yang lebih segar dan elegan iaitu Green Relax yang terang.

Rangkaian warna khusus Vespa Primavera juga menampilkan warna putih (White Innocenza) dan kelabu pastel (Grey Materia Pastel) pada badan besi skuter tersebut.

Primavera S 2022 pula didatangkan dengan warna Beige Avvolgente. Beige bukan sahaja warna pasir, tetapi juga warna yang melambangkan ketelitian dalam membuat barangan kulit dan seramik, menghasilkan produk mewah  yang mementingkan kehalusan.

Primavera S 2022 menunjukkan keanggunan yang bersahaja dan bernuansa kontemporari, berkat kemasan baharu berwarna biru. Rim, pelekat dan perimeter yang luar biasa menonjolkan ciri baharu yang didedikasikan secara eksklusif untuk produk ini.

Bendera Itali di sisi badan keluli Vespa, melengkapkan versi paling trendy bagi rangkaian Primavera, yang tersedia dalam 4 warna iaitu Beige Avvolgente, White Innocenza, Grey Delicato dan Yellow Sole.

Untuk Vespa Sprint 2022, ia mengekalkan nilai estetika Vespa Sprint sejak 60 tahun yang lalu, warna Biru serba baharu, Blue Extroverso melambangkan ciri elegan dan mewah untuk menjadikan lebih unik. Ini akan menjadi tona biru paling tulen yang Vespa bawa kepada pencinta Vespa Sprint. Vespa Sprint juga kelihatan lebih berani dengan variasi warna biru (Blu Estroverso), kelabu (Grey Materia) dan kuning (Yellow Sole).

Diilhamkan oleh hutan hujan di pulau Borneo – warna hijau pekat itu diterapkan secara halus, jelas dan dipenuhi dengan estetika pada Vespa Sprint S. Di bawah sudut cahaya yang berbeza, ia bersinar dengan teduhan berwarna kelabu, menjadikan Green Tenace sebagai salah satu warna paling tersendiri.

Dengan semangat kebebasan, keberanian dan cabaran, Vespa Sprint S Green Tenace merangkumi semangat yang moden, unik dan bergaya. Untuk menyerlahkan semangat dinamik Vespa Sprint S, warna hijau (Green Tenace) dan oren (Orange Tramonto) hadir dengan perincian kemasan hitam baharu, manakala elemen merah tandatangan S version disimpan untuk menambah sentuhan sporty.

Selain warna istimewa hijau dan oren, Vespa Sprint S 2022 juga tersedia dalam empat warna lain iaitu hitam, biru, putih dan oren bersama kemasan krom.

Google ads
Back to top button