Buletin

VGM LANTIK PENGARAH PEMASARAN BAHARU

Volkswagen Group Malaysia (VGM) semalam mengumumkan Martina Berg sebagai Pengarah Pemasaran yang baru berkuat kuasa 1 November 2014.

VGM-Martina-Berg-mekanika

Berg mengambil alih tugas Petra Schreiber yang akan memulakan tugas baharunya di bahagian pemasaran kenderaan komersial Volkswagen di Hannover, Jerman.  Sejak memulakan tugasnya pada Jun 2011, Schreiber telah memainkan peranan penting dalam membantu membina jenama Volkswagen di Malaysia.

Berg sudah bersama Kumpulan Volkswagen selama lebih 20 tahun. Jawatan terakhirnya ialah Pengarah Pemasaran di Volkswagen Hong Kong. Sebelum ini,  beliau bertanggungjawab memulakan inisiatif pemasaran di China, Eropah dan Asia Barat.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Schreiber atas usaha beliau bersama Volkswagen Group Malaysia selama ini. Kami juga ingin mengalu-alukan kedatangan puan Berg ke Malaysia. Beliau memiliki keupayaan tersendiri dan kami tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,” kata Pengarah Urusan VGM, Armin Keller. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button