Pandu Uji

JAGUAR F-TYPE COUPE ALUMINIUM

Pengimport eksklusif kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia, Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan Jaguar F-TYPE Coupe aluminium sepenuhnya. 

Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (1)

Kereta sports paling dinamik dan berprestasi yang pernah dihasilkan Jaguar tersebut dilancarkan di bilik pameran baru jenama berkenaan di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang.

Jaguar Land Rover Malaysia turut mengumumkan pengenalan model terbaru Jaguar itu akan ditawarkan di dalam dua varian, F-TYPE R dan F-TYPE S.

Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (4)

Varian paling tinggi, F-TYPE R Coupe dilengkapi enjin 5.0 liter V8 Supercharge Jaguar yang mampu menjana kuasa 550PS dan tork 680Nm. Ia mampu mencatat kelajuan  100km/j dalam masa hanya 4.2 saat. Manakala kelajuan maksimumnya adalah 300km/j (dihadkan secara elektronik). Varian ini dijual pada harga RM1,158,888 di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk insurans).

F-TYPE S Coupe pula dijana oleh enjin 3.0 liter V6 Supercharge petrol yng berupaya menghasilkan kuasa maksimum 380PS dan tork 460Nm. Masa yang diperlukan untuk pecutan 0-100km/j hanya 4.9 saat. Kelajuan maksimum mencecah 275km/j. Jentera ini ditawarkan pada pada harga RM899,888 di Semenanjung (tidak termasuk insurans).

Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (18)

F-TYPE R dan F-TYPE S menggunakan transmisi Quickshift 8 kelajuan dengan nisbah  untuk menawarkan prestasi terbaik. Pemandu boleh mengawal kedudukan gear sepenuhnya menerusi ciri SportShift.

Dibina berdasarkan kepada model konsep sports coupe Jaguar C-X16 yang pertama kali dipamerkan di Frankfurt Motor Show 2011, bahagian sisi badan Jaguar F-Type Coupe diperbuat daripada kepingan aluminium tunggal, menjadikannya lebih ringan dan gus kukuh.

Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (8)

Ia mungkin menjadi teknik penghasilan sisi badan kenderaan dengan kaedah pembentukan-dingin paling ekstrem pernah dilakukan dalam industri automotif. Teknologi ini membolehkannya untuk tidak lagi bergantung kepada pelbagai lapisan panel dan sambungan seperti kaedah biasa.

Menurut Jaguar Land Rover Malaysia, pihaknya sudah menerima dua tempahan untuk model terbaharu tersebut.

Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (2)

Pada majlis pelancarannya, jenama ikonik British itu turut mempersembahkan secara rasmi ‘Rakan Jenama’ Jaguar untuk Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen global ‘How Alive Are You?’

Berkisar sekitar daya tarikan dan dorongan emosi kenderaan-kenderan keluaran Jaguar, kempen ‘How Alive Are You?’ membawa mesej berkaitan semangat progresif dan keyakinan Jaguar

Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (12)

Pemilik galeri seni dan pengumpul, Lim Wei-Ling, usahawan berjaya Datuk Steve Day serta penyanyi dan penulis lagu, Yuna dipilih sebagai simbol bagi tiga kunci utama kempen berkenaan – rekaan, inovasi dan prestasi.

Di Singapura dan Thailand, Jaguar Land Rover turut berkerjasama dengan tiga lagi tokoh dalam bidang masing-masing. Di Singapura, pembikin filem, Eric Khoo, chef Andre Chiang dan pemain violin Min Lee dipilih sebagai ‘Rakan Jenama’ Jaguar. Manakala di Thailand, pembikin filem Aditya Assarat, chef Ian Kittichai dan penari Pichet Klunchun dipilih untuk kempen yang sama.

Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (16)

Maklumat lanjut berkaitan model-model terkini Jaguar di Malaysia, sila layari laman web: www.jaguarmalaysia.com
[hr]GALERI

Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (5)Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (6)Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (7)Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (14)Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (20)Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (21)Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (22)Jaguar-F-TYPE-Coupe-mekanika (23)The new all-aluminium Jaguar F-TYPE Coupe

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button