Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN CIPTA LOGO BARU HALAU KANGGARU. BOLEH HALAU LEMBU TAK?

Syarikat Volkswagen mendapati kebanyakan pelanggan mereka terlibat dalam kemalangan dengan kanggaru di Australia dan sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan memasang logo Volkswagen baru di depan kenderaan mereka.

Berbeza dengan logo yang dihasilkan daripada syarikat lain yang mengandungi radar dan sensor, logo Volkswagen ini datang dengan pembesar suara yang menghasilkan bunyian khas bagi memastikan kanggaru menjauhi kenderaan sewaktu sedap dipandu

Inovasi ini dinamakan sebagai Roobadge menggunakan teknologi gelombang audio bagi dalam operasinya dihasilkan dengan kerjasama University of Melbourne dan juga data berkenaan lokasi kanggaru yang dibekalkan oleh NGO penyelamat hidupan liar (Wires) di Australia

 Selain boleh dipasang terus pada logo VW, syarikat ini juga sedang membangunkan satu lagi peranti khas yang boleh menghasilkan gelombang bunyi yang boleh dipasang pada papan nombor pendaftaran kenderaan yang boleh dipasang pada semua kenderaan. Namun sistem pembesar suara mini ini masih lagi di peringkat kajian

Sistem ini direka agar mampu mengusir 3 spesis kanggaru dengan menggunakan bunyi asli dan bunyi sintetik namun Volkswagen merancang untuk meluaskan skop kepada haiwan lain yang selalu dilanggar oleh pengguna jalan raya

Bagi kenderaan ujian, sistem ini dipasang pada Volkswagen Amarok lengkap dengan kamera 360 darjah dan sensor pergerakan. Kenderaan ujian ini dipandu secara perlahan di sekitar kawasan yang selalu dilalui oleh kanggaru dan mendapati ia sangat efektif bagi menghalang kanggaru mendekati kenderaan yang sedang dipandu

RooBadge dibangunkan dalam masa 3 tahun beroperasi dengan aplikasi khas dalam kenderaan yang akan menerima suapan data GPS dan telemetri data. RooBadge akan menghasilkan gelombang bunyi secara automatik apabila melalui kawasan yang selalu menjadi kemalangan antara kanggaru dan juga kenderaan

Walaupun dilancarkan pada tarikh menghampiri 1 April (mungkin gurauan April Fool), namun Volkswagen kelihatan serius dalam membangunkan peranti RooBadge ini dan sedang membangunkan peranti yang sama bagi kegunaan di Eropah dan juga Amerika

Google ads
Back to top button