
VOLKSWAGEN PERKENAL SUV T-CROSS – 4 PILIHAN ENJIN TURBO, LEBIH KECIL DRPD TIGUAN
Volkswagen melakukan premiere dunia SUV baharunya, T-Cross secara serentak di Amsterdam, Shanghai dan São Paulo.
T-Cross akan meneruskan tawaran model SUV koolkswagen yang bermula pada tahun 2015. Ia akan diperkenalkan ke pasaran-pasaran di tiga buah benua secara berperingkat-peringkat.
Menggabungkan aspek gaya, praktikaliti, fleksibiliti, ketersambungan dan ekonomi, crossover urban itu dilihat sangat sesuai untuk kegunaan di bandar berbanding model T-Roc dan ia lebih kompak berbanding Tiguan.
Platform MQB
Sebagai sebuah produk global, T-Cross dibangunkan di atas platform modular transverse matrix (MQB) yang membolehkan gandar hadapan diletakkan lebih ke hadapan.
Dengan dimensi panjang 4.11 meter dan tapak roda 2.56 meter, ia menawarkan ruang kabin yang luas untuk lima orang. Tempat duduk belakang boleh digelongsor sehingga 14cm untuk memberi lebih ruang kepada penumpang atau kargo.
Bagi ruang kargo pula, ia boleh ditingkatkan daripada 385 liter menjadi 1,281 liter sebaik sahaja tempat duduk belakang dilipat.
4 pilihan enjin turbo
T-Cross hadir dengan pilihan tiga enjin petrol turbo dan satu enjin diesel turbo. Dua enjin petrol bersesaran 1.0 liter menawarkan kuasa 85PS dan 115PS. Model teratas dengan enjin empat silinder 1.5 TSI mampu menjana kuasa 150PS.
Enjin diesel empat selinder 1.6 TDI pula berkuasa 95. Semua enjin itu menepati piawaian emisi Euro 6d-Temp.
Antara sistem bantuan pemandu dan keselamatan yang dipasang sebagai ciri standard ialah Front Assist, Pedestrian Monitoring, City Emergency Braking System, Lane Assist, Hill Start Assist, Blind Spot Detection dan Rear Traffic Alert.
Sementara. Driver Alert System, kawalan jelajah adaptif automatik dan Park Assist ditawarkan sebagai ciri tambahan.
Produksi
T-Cross menawarkan aspek ketersambungan yang canggih. Operasi fungsi kenderaan juga cukup intuitif. Pelanggan boleh mengecaj telefon dan ditawarkan dengan empat port USB untuk kemudahan semua.
Sama seperti Polo, jentera itu dipasang di kilang Volkswagen di Navarra, Sepanyol. Volkswagen dilapor akan melabur sehingga 1 bilion euro menjelang 2019 untuk menyokong perkembangan pasaran kompak SUV di Eropah.
Bagi pasaran Amerika Selatan dan China pula, versi khas T-Cross akan dihasilkan mengikut selera pengguna di sana.
GALERI