Buletin

IMEJ PERTAMA FERRARI PUROSANGUE. PELENGKAP SUV PREMIUM DARI ITALI

SUV Ferrari? Ya. dan namanya juga susah disebut “PUROSANGUE” dan kami juga tidak tahu kenapa Ferrari menggunakan nama yang susah disebut, tidak seperti model-model mereka sebelum ini yang begitu catchy.

Hanya masa yang menentukan bahawa Ferrari akan terus terlibat dalam pasaran SUV. Tidak dapat tidak, pesaing utama mereka Lamborghini telah membuktikan pengeluar kereta sports boleh menghasilkan SUV dengan mengekalkan DNA kereta sukan. Walaupun ia sebuah “corssover” namun kuasa yang dibekalkannya bukan sedikit.

Pengendaliannya juga jauh lebih baik berbanding SUV Premium bersaiz penuh seperti Range Rover kerana bagi Ferrari, setiap kereta yang keluar dari kilang mereka mesti layak dipandu di litar. Mereka tidak akan membuat SUV melainkan ianya benar-benar bagus dan laju!

Belum ada butiran teknikal mengenai Purosangue namun imej di atas memberi seidkit sebanyak bayangan SUV yang akan menjengah pasaran dua tahun lagi. Bukan sahaja ia menggunakan enjin konvensional yang menggunakan bahanapi petrol, malah platform baru ini juga boleh disesuaikan dengan enjin hybrid.

Apabila diperkenalkan pada tahun 2020 nanti, ia bakal berentap dengan Lamborghini Urus.

Google ads
Back to top button