Buletin

VOLKSWAGEN TIGUAN KINI DATANG DENGAN AKSESORI “WILD”. TAMBAH DUIT SIKIT JEEE!!!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan pakej baharu untuk Tiguan Comfortline yang dikenali sebagai Edisi ‘WILD’.

Pakej ‘WILD’ beberapa penambahan seperti pedal sports aluminium, kemasan krom pada bahagian belakang dan pemijak sisi dengan logo Tiguan. Kit tersebut dilengkapkan lagi dengan filem tingkap VW Tint.

Pakej ‘WILD’ ditawarkan padaharga RM5,099.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa pengenalan pakej ‘WILD’ memberi pilihan kepada pelanggan untuk membuatkan Tiguan mereka lebih menyerlah berbanding yang lain.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan tawaran produk serta memberi pilihan yang bergaya kepada pelanggan. Penambahbaikan pada Tiguan sememangnya dapat memantapkan lagi rekabentuk serta kontur SUV yang bergaya,” katanya.

Menjadi antara pilihan dalam kalangan peminat SUV di Malaysia, Tiguan menggabungkan enjin TSI 1.4L dengan pengecas turbo dan pancitan terus bersama kotak gear klac basah 6-kelajuan automatik. Enjin tersebut mampu menjana kuasa mengagumkan mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm.

Tiguan Comfortline ditawarkan pada harga RM148,990 seunit, tidak termasuk pakej ‘WILD’.

Sama seperti semua model Volkswagen (berkuatkuasapada 1 Januari 2018) Tiguan hadir dengan program penyelenggaraa percuma selama 3 tahun (atau perbatuan sejauh 45,000km, mana-mana terdahulu), selain jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Untuk mengetahui lebih lanju tmengenai pakej Tiguan ‘WILD’, anda boleh kunjungi pengedar sah Volkswagen berhampiran atau layari laman web www.volkswagen.com.my/tiguan/comfortline-wild

Google ads
Back to top button