Buletin

VOLVO S60 2018 – KUKUHKAN LAGI POSISI VOLVO DI AMERIKA

Volvo Cars hari ini memperkenalkan sedan mewah S60 baharu di kilang pertamanya di South Carolina, Amerika Syarikat (AS).

Pelancaran S60 dan kilang itu membuktikan komitmen Volvo ke atas pasaran penting AS. Ia juga menjadi model pertama Volvo yang dihasilkan di sana.    

“S60 merupakan salah satu model paling menarik pernah kami hasilkan. Ia sebuah kereta untuk pemandu sebenar yang akan memberikan kami posisi kukuh di pasaran AS dan China.

“Sekali gus mencipta peluang pertumbuhan lebih baik kepada Volvo Cars,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Håkan Samuelsson.

S60 ialah model pertama Volvo tanpa enjin diesel. Ini menjadi petunjuk kepada hala tuju jangka panjang syarikat ke arah jentera elektrik dan tidak bergantung sepenuhnya kepada enjin pembakaran dalaman tradisional.

Pada tahun 2017, Volvo Cars menjadi pengeluar kenderaan global pertama yang mengumumkan bahawa mulai tahun 2019, semua model baharunya mengandungi unsur kereta elektrik.

Sedan itu akan menggunakan khidmat enjin turbo charged and supercharged T8 Twin Engine Plug-In Hybrid. Enjin tersebut mampu menjana kuasa mencecah 313hp dan motor elektrik pada roda belakang menawarkan kuasa tambahan 87hp, menjadikan jumlah kuasa keseluruhan 400hp!

Varian T5 FWD dan T6 AWD turut disediakan. Model T5 FWD, T6 AWD dan T8 Twin Engine Plug-In Hybrid bakal ditawarkan pada harga AS$35,800 (RM143,600), AS$40,300 (RM161,682) dan AS$54,400 (RM218,250).

Pelanggan boleh memiliki S60 emenerusi pembelian biasa, pajakan dan perkhidmatan langganan premium Care by Volvo yang tidak memerlukan mereka membayar wang pendahuluan, hanya bayaran tetap pada setiap bulan.  

S60 dibina di atas platform Scalable Product Architecture (SPA), teknologi keselamatan dan sistem hiburan terbaik yang sama seperti model wagon, 90Series dan XC yang dilancarkan sebelum ini. Sekali gus

Jentera ini turut akan ditawarkan dengan kemasan Polestar Engineered yang menerima sentuhan sentuhan daripada Polestar.

Polestar Engineered hanya didatangkan pada varian T8 Twin Engine plug-in hybrid. Ia melibatkan naik taraf dari segi dalaman, luaran, rim, sistem brek, suspensi, unit kawalan enjin dan sebagainya.

Unit terhad talaan Polestar Engineered akan ditawarkan secara ekklusif menerusi aplikasi Care by Volvo pada 28 Jun 2018.

GALERI

Google ads
Back to top button