Artikel Pilihan

CHOK G1 – JELMAAN SUZUKI JIMNY YANG TAMPAK ORAIT JUGA

Kagum dan terus kagum. Itulah kata-kata yang cukup sesuai untuk menggambarkan tentang keupayaan dunia automotif di China. Harus diakui, meniru produk adalah antara kelebihan yang ada pada China. Walau pun produk tiruan, harus diakui juga kadang kala terdapat produk mereka yang tampak orait juga. Baik mata yang memandang, mahu pun tangan yang memulas stereng.

BACA : BAW BJ212 – JIP CHINA YANG LEBIH SEJUK (COOL)

BACA : BAW WARRIOR – PIKAP CHINA YANG SEJUK (COOL)

Dan salah satu yang menarik mata untuk memandang adalah model yang diberi nama Chok G1. Jelas pada penglihatan mata kasar, ianya adalah jelmaan sebuah model SUV tahan lasak terkemuka dari Jepun, Suzuki Jimny. Ini adalah model Chok G1, sebuah model LSEV.

Cuma untuk model versi LSEV ini, ianya tidaklah terlalu disumpah untuk menjadi kerdil seperti mana kelaziman model LSEV yang wujud di bumi China. Proposisi rekabentuknya tampak tidak terlalu mengarut berbanding model yang ditiru. Agak handal juga pengeluar, Dayang Motorcycles dalam kerja-kerja meniru ini.

Cuma sedikit perbezaan yang dapat dilihat adalah pada kerendahan yang terdapat pada Chok G1 ini. Iyalah, kalau Suzuki Jimny itu direka untuk menakluki hutan belukar, manakala Chok G1 ini direka untuk menakluki hati awak. Eceh!. Tayar ganti dipintu belakang juga telah hilang daripada pandangan mata.

Dengan penggunaan motor elektri yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 8hp sahaja, bolehlah kalau setakat meter jarum cecah 46km/j sahaja. Dan hasilnya, ianya mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 200km setiap kali caj penuh bateri. Kira jauh jugalah kan?

Manakala ruang kabinnya tidaklah pula ditiru papan pemuka milik Jimny. Sebaliknya menggunakan papan pemuka rekaan sendiri.Cukuplah memadai untuk berfungsi sebagai sebuah EV, lengkap dengan asas instrumen digital bagi memaparkan berapa baki bateri yang tinggal. Cuma yang sedikit pelik adalah tombol gear diletakkan di bahagian atas radio. Macam kartun pula rasanya.

Bagi melengkapi sifat sebuah LSEV, harganya juga haruslah murah. Di China, ianya dijual pada aras harga bermula 44,800 Yuan (RM27,766). Memang boleh sangat beli. Buat jalan-jalan kampung sambil usha makwe China.

 

 

Google ads

B K

Back to top button