Buletin

VW GOLF R BAHARU HADIR DI EROPAH – TAMPIL LEBIH BERKUASA, JANA 329HP

Volkswagen akhirnya memperkenalkan Golf R baharu di Eropah, kini hadir dengan varian wagon, yang mewarisi semua kehebatan daripada model hatchbacknya.

Dari segi penggayaan, ia hadir dengan lampu baharu, lencana VW bercahaya, rim forged 19-inci dan dibalut dengan tayar 235/35.

Sementara untuk pilihan Performance Package, ia tiba dengan lampu LED matrix, meter-G, dan pemasa pusingan GPS selain, terdapat juga mod pemanduan khas yang disesuaikan untuk trek Nürburgring.

Secara mekanikal, ia dijana oleh enjin turbocharged empat silinder 2.0-liter, menghasilkan 329hp, meningkat sebanyak 14hp berbanding model sebelumnya.

Tork kekal pada 310 lb-ft dan Golf R wagon mampu memecut dari 0 hingga 62mph dalam masa hanya 4.8 saat, lebih pantas sebanyak 0.1 saat berbanding sebelum ini.

Dengan pilihan Performance Package, kelajuan maksimum meningkat kepada 167mph, berbanding 155mph sebagai standard.

Seperti model hatchback, model wagon ini juga dilengkapi dengan pacuan semua roda, transmisi automatik dual-clutch tujuh kelajuan, dan sistem vektor tork.

Maklumat tentang harga Golf R 2025 masih belum diumumkan, tetapi yang pasti kotak gear manual telah dihentikan.

Google ads
Back to top button