Buletin

JAECOO LANCAR PENGEDAR TARAF 3S PERTAMA DI LEMBAH KLANG

JAECOO Malaysia sedang melangkah maju kehadapan dengan melancarkan secara rasmi pusat pengedaran pertamanya di Lembah Klang yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

Pusat 3S ini, yang dikendalikan oleh ES Premium Holdings Sdn Bhd, menampakkan hala tuju JAECOO dalam memperkenalkan pengalaman pemilikan premiumnya tersendiri.

Ini merupakan pelancaran pengedar sah JAECOO yang pertama dan akan diikuti oleh pelancaran rasmi 34 pusat pengedaran lagi dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Saiz binaan pusat pengedaran JAECOO Glenmarie bertaraf 3S ini merupakan 23,000 kaki persegi manakala keluasan tanah adalah 40,000 kaki persegi.

Pusat 3S ini merangkumi fungsi jualan, perkhidmatan selepas jualan serta simpanan stok alat ganti di bawah satu bumbung.

Sejurus melangkah masuk ke dalam pusat ini, pelanggan akan disambut oleh laluan Super Walkway bermula dari Tingkat bawah ke tingkat satu yang mampu mempamerkan sehingga tujuh model.

Antara ciri-ciri menarik di pusat ini merangkumi penggunaan paparan LED interaktif yang membolehkan para pelanggan mengimbas spesifikasi setiap model kenderaan secara santai.

Pengalaman ini dilengkapi dengan kehadiran penasihat daripada pelanggan dan mengatur sesi pandu uji.

Pada masa ini, model yang dipamerkan adalah model JAECOO J7 pacuan semua roda (AWD) dan pacuan dua roda (2WD).

Dengan jangkauan purata kira-kira 300 pelawat sebulan, pusat pengedaran ini tersedia dengan fasiliti seperti ruang istirahat pelanggan serta lengkap dengan ruang khusus untuk menikmati kopi atau teh, sambungan internet berkelajuan tinggi dan surau.

Perkhidmatan selepas jualan adalah antara elemen penting di pusat pengedaran JAECOO 3S oleh ES Premium di Glenmarie. Pelanggan boleh mengharapkan pengalaman selepas jualan lancar yang diselaraskan oleh pengurus perkhidmatan.

Tambahan lagi, rantaian bekalan jenama ini terjamin kerana disokong oleh gudang alat ganti khusus yang lengkap serta penggunaan alat ganti tulen jenama JAECOO.

Untuk rekod, bahagian selepas jualan pusat ini mempunyai kapasiti menyelenggara lebih daripada 500 kenderaan sebulan.

Pusat Pengedaran JAECOO 3S Glenmarie terletak di No. 2D, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

Untuk butiran lanjut berkaitan pusat pengedaran perintis JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my

Google ads
"
"
Back to top button