
VW LANCAR PASSAT DAN TIGUAN UNITED EDISI TERHAD. AKSESORI EKSKLUSIF SEHINGGA RM12K
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini melancarkan model edisi terhad UNTED yang terdiri daripada Passat dan Tiguan.
Rangkaian itu meraikan kekuatan perpaduan, satu semangat yang sememangnya sudah lama wujud dalam jenama Volkswagen.
Dua aksesori original Volkswagen yang unik diperkenalkan pada model-model UNITED. Penutup roda dinamik yang memastikan logo sentiasa tegak ketika kereta bergerak untuk model Tiguan dan Passat, serta lampu pintu LED yang memancarkan logo Volkswagen apabila pintu hadapan Passat dibuka.

Passat UNITED ditawarkan pada harga RM193,856 dan dilengkapi aksesori bernilai RM12,000. Aksesori tambahan itu termasuklah pedal sports aluminium dan plat sisi kaki, rim aloi Verona baharu bersaiz 19”, VW Tint serta emblem UNITED.
Tiguan UNITED pula didatangkan dengan bampar hadapan sports, spoiler belakang, kemasan krom pada trunk, pelindung ruang kargo,hujung ekzos krom, VW Tint dan emblem UNITED, semua ini bernilai RM4,000. Tiguan UNITED ditawarkan pada harga RM166,108.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa pengenalan model UNITED adalah sebagai simbol solidariti yang berakar umbi dalam jenama Volkswagen.

Dengan pemansuhan cukai jualan yang diumumkan oleh kerajaan, sekarang adalah masa terbaik untuk membeli sebuah kereta Volkswagen.
Justeru, sesiapa yang berminat untuk menempah model UNITED dijemput untuk merebut peluang terbaik dalam acara Rumah Terbuka Raya Volkswagen secara maya pada 13 dan 14 Jun 2020.
Para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan menganjurkan acara tersebut di saluran media sosial masing-masing dan menawarkan rebat tambahan sebanyak RM1,000 ke atas mana-mana model Volkswagen yang ditempah sepanjang dua hari tersebut.

Tawaran tambahan termasuklah Tiguan yang kini hadir dengan pembayaran bulanan selama enam bulan secara percuma bagi unit yang didaftarkan sehingga 30 Jun.
Manakala Passat pula ditawarkan dengan insurans percuma selama setahun. Perkhidmatan penghantaran secara percuma ke rumah pelanggan dalam radius 20km turut disediakan.
Maklumat lanjut, sila hubungi pengedar Volkswagen terdekat anda atau layari laman web: www.volkswagen.com.my/united-special-edition