Buletin

VW LANCAR PROMOSI SELEPAS JUALAN AKHIR TAHUN

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru sahaja melancarkan promosi selepas jualan akhir tahun sempena bermulanya musim cuti.

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2017, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus ke atas alat-alat ganti tulen di semua pusat servis sah Volkswagen.

Memandangkan sekarang musim tengkujuh, pengelap cermin Aero Volkswagen yang diperbuat daripada getah berkualiti tinggi pasti memberi pandangan lebih jelas ketika memandu dalam hujan.

Manakala pembersih cermin utama menawarkan kebersihan yang optimum selama setahun.

Brek pad tulen Volkswagen pula direka untuk memberikan pretasi membrek yang terbaik dan lebih tahan lasak. Tawaran terakhir ialah cakera brek yang dikatakan lebih senyap dan kurang getaran untuk kesan brek yang mantap.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my Atau kunjungi pengedar sah Volkswagen berhampiran anda.

Google ads
Back to top button