Buletin

WANITA TOLAK TAWARAN RM3.15 JUTA UNTUK SATU RUANG PARKIR DI BOSTON

Lot parkir di bandar besar dijual pada harga yang sangat tinggi bukanlah sesuatu yang aneh.

Tetapi, apa yang berlaku di Boston membuatkan ramai terbeliak apabila pemiliknya menolak tawaran membeli ruang parkirnya mencecah AS$750,000 (RM3.15 juta).   

Tawaran itu dilaporkan oleh The Wall Street Journal yang menyatakan sepasang suami isteri menjual sebuah kondominium berkeluasan 4,000 kaki persegi pada harga AS$10.5 juta (RM44 juta). Kondominium tersebut hadir dengan dua ruang parkir valet tertutup.

Parkir tersebut jelas menarik minat dan pemiliknya, Amy Reeves memberitahu dia telah menolak banyak tawaran termasuklah sebanyak RM3.15 juta. Ia sememangnya satu angka yang gila untuk satu ruang parkir kenderaan.

Akhbar Boston Globe melaporkan satu ruang parkir di Brimmer Street Garage disenaraikan untuk dijual pada harga $650,000 (RM2.73 juta) dalam tahun 2015.

Sementara dua ruang parkir di Commonwealth Ave dijual pada harga AS$560,000 (RM2.35 juta) pada tahun 2013.

Google ads
Back to top button