
DULU BELI RM840K, SEKARANG JUAL RM16K SAHAJA. SUSUT NILAI ITU BENAR TUAN-TUAN
Susut nilai merupakan keajaiban kesembilan dunia. Jadi, apabila hendak memilih kereta terbaik, harga yang mahal bukan bermakna ia akan kekal selamanya.
Sebagai contoh, sebuah Mercedes-Benz S5 AMG yang kini dijual pada hanya dua peratus harga asalnya dahulu.
Sedan mewah itu dahulu ditawarkan pada harga AS$200,000 (RM840,000), tetapi seseorang telah membelinya pada harga cuma AS$3,750 (RM15,750) sahaja.
Menurut pembeli yang berkongsi pembelian tersebut di laman YouTube, kereta itu berada dalam keadaan baik, hanya ada seorang pemlik dan mencatat perbatuan sejauh 240,000km.
Pelaburan yang kurang daripada RM16,000 itu memberikannya sebuah jentera dengan enjin twin-turbo V12 yang mampu menjana kuasa 604hp dan tork 1,000Nm.
Namun, pembelian itu bukanlah indah semua. Dia mendapati enjin itu mengalami masalah bocor yang serius, stereng pun mungkin bocor juga. Apa yang pasti, kos untuk membaik pulih kereta sebegini bukanlah murah.
Sebagai contoh, Mercedes-Benz S65 AMG buatan tahun 2006 ni mempunyai 24 palam pencucuh, tiga pam bahan api dan memerlukan empat sensor oksigen.
Apa pun, dari segi kewangan, pembeli asalnya tidak akan untung. Tetapi, pengalaman memandu jentera berkuasa tinggi sebegini tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.
- BACA: MERCEDES-BENZ C-CLASS W206 RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN, BERMULA RM288K
- BACA: BELAJAR MEMANDU GUNA MERCEDES-BENZ G-WAGON. KOS KURSUS MEMANDU BANGSAWAN BERMULA RM33,568!!!
- BACA: MERCEDES DISAMAN KERANA REKAAN PINTU SOFT-CLOSE MAMPU PUTUSKAN JARI PEMILIK
- BACA: TIADA ALAT GANTI, 800K UNIT KERETA MERCEDES HADAPI RISIKO KEBAKARAN

