Buletin

HAMPIR 500K PEMILIK HYUNDAI DAN KIA DI AMERIKA DINASIHAT PARKIR DI LUAR RUMAH. TERDEDAH RISIKO TERBAKAR

Hyundai dan Kia telah mengeluarkan notis panggilan semula bagi 484,577 kenderaan yang dibuat antara tahun 2014 dan 2018 kerana risiko kebakaran.

Kebakaran berkenaan bukan sahaja boleh berlaku ketika kenderaan bergerak tetapi semasa parkir.

Berikutan risiko terbabit, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) telah mengeluarkan amaran kepada para pemilik model Kia Sportage (2014-2016), Kia K900 (2016-2018) dan Hyundai Santa Fe (2016-2018) untuk parkir kenderaan mereka di luar rumah ataupun jauh dari kenderaan serta struktur lain.

Difahamkan, punca masalah berkenaan adalah daripada modul ABS apabila pintasan elektrik boleh berkembang sehingga meningkatkan risiko kebakaran pada bahagian ruang enjin.

Hyundai masih menjalankan siasatan terperinci berhubung isu berkenaan untuk mengenal pasti punca malfungsi terbabit.

Bagaimanapun, para pemilik masih boleh memandu kenderaan mereka tetapi perlu memastikan ia tidak parkir di dalam rumah.

Jika masalah berlaku ketika memandu, para pemilik dapat melihat asap keluar dari bahagian ruang enjin, bau terbakar dan lampu MIL atau ABS menyala pada papan pemuka. – carscoops

Google ads
Back to top button