Buletin

WAZE LOCAL – PELUANG KEMBANGKAN PERNIAGAAN DALAM NAVIGASI

Malaysia merekodkan bilangan pengguna Waze yang tertinggi di Asia, dan merupakan tuan rumah kepada kira-kira 5.9 juta pengguna aktif bulanan. Selama bertahun-tahun lamanya, Waze telah menyediakan para pengusaha perniagaan dengan keupayaan untuk menarik perhatian para pengguna dan menjenamakan diri di platform itu.

Pemilik perniagaan kecil dan sederhana (PKS) kini dapat memacu lawatan kedai dan meningkatkan kesedaran tentang lokasi kedai mereka dengan penawaran pemasaran Waze Local yang baharu ini.

Sama seperti melihat papan iklan fizikal di jalan raya, iklan yang disasarkan di peta Waze memaklumkan para pemandu tentang perniagaan dan tawaran yang berdekatan. Iklan-iklan ini disatukan ke dalam peta dan pengalaman navigasi dengan cara yang relevan, dan membolehkan sasaran geografi dan pemilihan waktu trafik puncak untuk mencapai lebih ramai pelanggan.

Waze juga membolehkan perniagaan untuk menjejaki bilangan bakal pelanggan yang telah dicapai melalui iklan tersebut. Ini menyediakan metrik pemasaran yang relevan dan boleh diukur untuk perniagaan tempatan yang kerap menghadapi cabaran dalam meningkatkan kesedaran lokasi dan memacu lawatan kedai, terutamanya apabila bersaing dengan jenama yang lebih mantap.

Pengiklanan di luar rumah membolehkan jenama-jenama untuk mencapai para pengguna dalam perjalanan, tetapi berdasarkan pengalaman kami, ia tidak mempunyai keupayaan untuk menyasarkan dan mengoptimumkan pencapaian berdasarkan tingkah laku pengguna.

Mobiliti boleh mengubah keadaan ini, terutamanya meneruai perkongsian dengan Waze yang merupakan pemimpin global dalam pemasaran mobiliti dan pembantu pemandu yang dipercayai semua. Kini, dengan lebih daripada 100 juta pemandu aktif bulanan di seluruh dunia, Waze Local dapat memacu pelanggan terus ke pintu depan perniagaan tempatan, dan ini membantu mereka menghubungkan pengalaman mudah alih dengan pemasaran dan pemutusan di dunia sebenar.

Dengan Waze Local, iklan-iklan muncul di aplikasi Waze dalam tiga format yang berbeza. Mereka boleh dipaparkan sebagai “CARIAN TAJAAN”, di mana perniagaan akan diberi kedudukan keutamaan dalam hasil carian para pemandu. Fungsi “PIN BERJENAMA” menimbulkan kesedaran pemandu tentang kedai-kedai berdekatan, manakala “PENGAMBILALIHAN KELAJUAN SIFAR” membantu untuk memacu navigasi kedai dengan menunjukkan pengguna Waze iklan apabila mereka berada dalam mod pegun, misalnya, ketika mereka berhenti dengan sepenuhnya selama lebih dari 3 saat.

Google ads
Back to top button