Buletin

ALLIANZ & WAZE TAWAR BANTUAN KECEMASAN SEGERA

Selepas pelancaran di seluruh Eropah pada 2018, Allianz Partners, peneraju dunia insuran dan bantuan B2B2C, dan Waze, aplikasi navigasi, telah mengumumkan perkembangan kerjasama mereka untuk membekalkan servis bantuan pinggir jalan ke lebih daripada 10 juta pengguna Waze di seluruh Asia Pasifik.

Ia melibatkan negara seeprti Singapura, Malaysia, India, Indonesia, Thailand dan Australia.

Para pemandu boleh mengakses servis bantuan pinggir jalan atas permintaan yang dibekalkan oleh Allianz Partners, hanya dengan satu ketikan ke atas butang Bantuan Pinggir Jalan (‘SOS’) dalam aplikasi Waze, dan dapatkan bantuan dari platform digital ataupun pusat panggilan.

Pengguna Waze akan dibantu di mana sahaja mereka berada, 24/7, jika mereka menghadapi kerosakan, tayar pancit ataupun bateri mati.

Perkembangan ini dibina atas kerjasama sedia ada yang dilancarkan pada Julai 2018 di 20 buah negara Eropah, yang telah memberi lebih daripada 22 juta pengguna Waze.

“Allianz Partners amat berbangga untuk mengembangkan kerjasama dengan Waze ke pasaran Asia Pasifik. Allianz Partners, sebagai peneraju servis bantuan ‘teknologi tinggi’, akan membekalkan bantuan penyelesaian atas permintaan segera ke para pengguna yang mahir digital.

Allianz Partners dan Waze akan memberi pengalaman para pemandu lebih selamat, terjamin, dan mudah, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kami amat teruja untuk memperkuatkan hubungan kami dengan Waze, aplikasi trafik dan navigasi berdasarkan komuniti yang terbaik,” kata Sylvie Ouziel, CEO Bantuan dan APAC di Allianz Partners.

“Misi kami adalah untuk membekalkan para pelanggan kami dengan servis mobiliti tambah nilai yang terbaik menerusi pengalaman yang lancar dengan menyertakan penyelesaian kami ke dalam aplikasi Waze setiap hari.”

“Waze merupakan aplikasi yang didorong oleh komuniti yang tidak hanya membantu para pemandu ketika berada dalam trafik – ia juga menggunakan kuasa data untuk menyokong para pemandu yang sedang menghadapi kesusahan dan memerlukan bantuan,” kata KK Kumar, Ketua Waze APAC.

“Bekerjasama dengan Allianz Partners membolehkan kami untuk membuatkan Bantuan Pinggir Jalan kami lebih menyeluruh di seluruh Asia Pasifik dan membekalkan para pengguna Waze dengan bantuan pinggir jalan yang diperlukan untuk sampai ke destinasi dengan selamat.”

Kerjasama ini mengetengahkan komitmen kedua-dua syarikat dalam membekalkan penyelesaian yang boleh dipercayai dan bernilai untuk para pemandu yang berada dalam kesusahan, serta menjamin keselamatan mereka tidak kira di mana mereka berada.

Para pengguna Waze boleh mengakses servis bantuan pinggir jalan Allianz Partners di serata dunia di Singapura, Malaysia, India, Indonesia, Thailand, Australia, Perancis, Itali, Greece, United Kingdom, Turki, Russia, Belanda, Belgium, Portugal, Sepanyol, Ukraine, Romania, Slovakia, Hungary, Poland, Austria, Republik Czech, Switzerland, Ireland dan Jerman.

Google ads
Back to top button