,
Artikel Pilihan

GOOGLE MAPS KINI ADA CIRI PAPAR MAKLUMAT KAMERA PERANGKAP KELAJUAN

Google Maps dilapor telah menambah beberapa ciri baharu yang membolehkan pengguna untuk memuat laporan berkaitan kemalangan, perangkap kelajuan dan kesesakan trafik.

Ciri yang sebelum ini diperkenalkan pada peranti Android kini sudah boleh diakses oleh pengguna iOS.    

Sedia maklum bahawa satu lagi aplikasi navigasi popular, Waze sudahpun memiliki ciri tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Dimiliki oleh Google, pengguna Waze (termasuklah saya) mendapati ciri-ciri tersebut sangat berguna. Apatah lagi jika ingin mencari jalan alternatif ke destinasi yang ingin dituju.

Pengguna Google Maps kini hanya perlu menekan butan ‘plus’ sewaktu navigasi untuk membuat laporan. Antara kategori yang ditawarkan ialah kemalangan, perangkap kelajuan, trafik perlahan, pembinaan jalan, penutupan jalan, kenderaan rosak dan objek di atas jalan raya.  

Sebelum ini, pihak berkuasa ada menyatakan rasa tidak senang kerana pemandu boleh berkongsi maklumat mengenai perangkap kelajuan ke dalam Waze. Justeru, Jabatan Polis New York (NYPD) meminta Google membuang ciri tersebut daripada aplikasinya.

“NYPD mendapati aplikasi Waze membolehkan orang awam melapor tentang pusat pemeriksaan DWI. Jadi, kami menggesa Google LLC supaya membuang fungsi itu serta-merta daripada Waze sebaik sahaja menerima surat ini,” jelas NYPD dalam satu kenyataan.

Tags
Google ads
Back to top button