JAC T9 VERSI DIESEL DAN BEV DIDEDAHKAN DI MALAYSIA: ANGGARAN HARGA BAWAH RM120K, LANCAR JANUARI 2025
JAC Motors hari ini secara rasmi mendedahkan trak pikap baharu untuk pasaran Malaysia iaitu JAC T9 BEV dan versi diesel.
Ditawarkan pada anggaran harga bawah RM120,000 untuk versi diesel (sah sehingga 31 Disember ini) untuk 300 orang pelanggan pertama, sementara JAC T9 Grand-BEV pula diberi tanda dengan anggaran bawah RM200,000.
Untuk makluman, JAC T9 bakal dilancarkan pada Januari tahun depan.
Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran panjang 5,330mm, lebar 1,965mm, tinggi 1,920 manakala jarak roda pula diletakkan pada 3,110mm dan jarak kelegaan tanah adalah setinggi 210mm.
JAC T9 tampil dengan rupa yang agresif bersama gril hadapan tertutup, rim aloi dua tona bersaiz 18-inci, lampu LED Siang (DRL) bersepadu, lampu utama LED, dan lampu kabus diselaraskan dengan reka bentuk bampar hadapan.
JAC T9 ditawarkan lima pilihan warna iaitu:
- Merah
- Hitam
- Kelabu
- Perak
- Putih
Di dalam kabin, ia dilengkapi dengan skrin infotainmen 10.4-inci, kluster instrumen 7-inci, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, cermin pandang belakang electrochromatic serta pencahayaan ambien 64-warna.
Kelengkapan lain termasuklah pengecas tanpa wayar, bumbung suria elektrik, stereng dua jejari serta Intelligent Electronic Shift bersama tiga mod pemanduan – Eco, Normal serta Sport.
Dari segi keselamatan, ia hadir dengan tujuh beg udara, kamera 360 darjah HD serta dilengkapi sistem ADAS Level 2 merangkumi;
- Active Cruise Control
- Autonomous Emergency Braking
- Forward Collision Warning
- Lane Departure Warning
- Lane Keep Assist
- Lane Change Assist
- Blind Spot Monitor
Beralih pada kuasa, JAC T9 Grand-ES dijana oleh enjin empat silinder sebaris diesel turbo 2.0 liter, berupaya menghamburkan 167hp dan 410Nm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama sistem pacuan empat roda (4WD) dan transmisi automatik ZF lapan-kelajuan.
Bagi JAC T9 Grand-BEV dijana oleh dua motor elektrik, menghasilkan 309hp keseluruhan dan 516Nm yang disalurkan ke keempat-empat roda.
Menerusi pek bateri LFP berkapasiti 88kWh, ia berupaya menawarkan jarak gerak sehingga 340km.
Untuk pengecasan pula, ia menyokong input AC 11kW dengan pengecasan 15% – 100% menelan masa sehingga 6 jam 50 minit, manakala input DC 88kW bagi pengecasan 30% – 80% hanya dalam 35 minit sahaja.
GALERI:
JAC T9 Grand-ES:
JAC T9 Grand-BEV:
- BACA: WRC 2024 – OTT TANAK MENANG DI CENTRAL EUROPEAN RALLY. HASRAT THIERRY NEUVILLE TERTANGGUH LAGI
- BACA: PEMBELI KERETA DI CHINA LEBIH TERTARIK JENAMA TEMPATAN BERBANDING BARAT – TEKNOLOGI LEBIH BAIK, MAMPU MILIK
- BACA: PELUANG UNTUK MILIKI JENTERA F1 TERAKHIR MICHAEL SCHUMACHER – #BAIKBELI CEPAT
- BACA: PEMANDU MAUT, RAKAN CEDERA KERETA TERBAKAR DI NPE