WRC 2024 – THIERRY NEUVILLE MAHUKAN KEJUARAAN WRC INDIVIDU TERLEBIH DAHULU. UNTUK PENGELUAR KITA WAT LEK WAT PIS SEKEJAP
Pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Thierry Neuville dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak boleh menunggu sehingga ke perlumbaan terakhir di Japan untuk penentuan kejuaraan FIA World Rally Championship (WRC) dan mahu menyelesaikan misi memburu kejuaraan buat pertama kalinya di Central European Rally pada 17 – 20 Oktober nanti.
Selama 12 tahun dalam kerjaya pemandu dari Belgium tersebut dalam dunia rali untuk memburu kejuaraan ulung WRC, tamat selepas perlumbaan tempat keempat di Rally Chile Bio Bio Thierry Neuville masih lagi mendahului pungutan mata dengan kelebihan 29 mata dengan hanya berbaki dua lagi perlumbaan dalam kalendar musim ini. Ini adalah pertama kalinya buat Thierry Neuville begitu hampir untuk merampas tahta kejuaraan WRC dan sudah tentu beliau tidak mahu ianya terlepas begitu sahaja.
Untuk rekod, Thierry Neuville adalah merupakan pemenang tempat kedua WRC sebanyak lima kali tanpa berselindung bahawa beliau mahukan kejayaan WRC diraih di Central European Rally bagi mengelakkan drama ketika aksi terakhir di FORUM8 Rally Japan pada November nanti.
Selain daripada pertarungan peribadi membabitkan Thierry Neuville untuk memburu kejuaraan WRC, dorongan kejayaan turut membabitkan semangat berpasukan sebenarnya melibatkan seteru diantara Toyota dan juga Hyundai dalam kategori Pengeluar.
Ketika ini pasukan Hyundai Motorsport sedang mendahului pungutan mata dengan hanya kelebihan 17 mata sahaja, sementelah jurang perbezaan mata dikurangkan kepada separuh hasil daripada kejayaan Kalle Rovanpera dan Elfyn Evans mencatatkan kemenangan 1-2 di Rally Chile Bio Bio.
Kini, saingan terdekat Thierry Neuville untuk merebut tahta kejuaraan WRC membabitkan pesaing terdekatnya yang juga merupakan rakan sepasukan, Ott Tanak. Mungkin juga perseteruan membabitkan dua pemandu handalan pasukan sendiri boleh menjejaskan kempen pasukan Hyundai Motorsport untuk merangkul tahta kejuaraan Pengeluar musim ini.
Pun begitu, Thierry Neuville juga mahukan agar strategi pasukan yang jitu untuk membolehkan kedua mereka tidak memberikan kesan kepada Hyundai Motorsport walau pun dalam masa yang sama mereka sedang merebut tahta WRC tanpa memberikan prejudis usaha untuk mengalahkan Toyota bagi kategori Pengeluar.
Bagi membolehkan Thierry Neuville mengesahkan kejuaraan nanti, secara asasnya beliau memerlukan kemenangan / pungutan dua mata lebih daripada Ott Tanak. Senang cerita jangan bagi kalahlah.
BACA : WRC 2024 – KALLE ROVANPERA DAN TOYOTA KEMBALI MENANG DI CHILE
BACA : WRC 2024 – THIERRY NEUVILLE BERADA PADA LANDASAN TEPAT UNTUK MUNCUL JUARA