Buletin

WRC2 2024 – JAN SOLANS & TOYOTA YARIS GR RALLY2 MENANG DI PORTUGAL

Pemandu rali yang berasal dari Sepanyol, Jan Solans berjaya mencipta kemenangan WRC2 di  Vodafone Rally de Portugal untuk mengatasi pemandu Josh McErlean. Menariknya Jan Solans yang juga merupakan juara Junior WRC 2019 dan juara rali Sepanyol berjaya membawa sekali kejayaan sulung buat jentera Toyota Yaris Rally2 di Portugal.

Kemenangan Jan Solans di pentas WRC2 ini dilihat cukup bermakna semenjak menyertai kedua ini bermula tahun 2019 dengan keputusan terbaik yang diperolehi adalah podium kedua di Itali pada tahun 2022.

Jan Solans bersama Juruarah oleh Rodrigo Sanjuan, mendahului kedudukan sebanyak 8.0 saat ketika perlawanan akhir hari Ahad dimulakan, tetapi terus diberikan saingan daripada pemandu Ireland Josh McErlean yang cuba mengejarnya dengan jentera Skoda Fabia RS Rally2.

Jan Solans berjaya menewaskan Josh McErlean dengan 6.5 saat dalam ujian kedua terakhir di Cabeceiras de Basto, satu kejayaan yang akhirnya terbukti menentukan dalam memastikan dia menang. Di sebalik usaha terbaik Jos McErlean, hanya dapat mengurangkan jurang kepada 3.2 saat dalam perlawanan akhir di lompatan Fafe.

Menurut pemandu yang berusia 26 tahun itu, kemenangan itu cukup menakjubkan dan berterima kasih kepada Philippines (penaja utama) kerana memberikan peluang musim ini bersama jentera Toyota GR Yaris Rally2 yang baharu sahaja menyertai perlumbaan WRC2 musim ini.

Pemandu dari Perancis Yohan Rossel kelihatan sepertinya bersedia untuk menamatkan saingan di podium terakhir walaupun sempat berhenti untuk menukar tayar pada hari Sabtu. Bagaimanapun, pemandu jentera Citroën C3 Rally2 itu akur untuk turunt ke tempat kelima, di belakang Laura Joona dan Fabrizio Zaldivar, selepas dikenakan dua penalti masa satu minit: satu kerana melanggar protokol keselamatan dan satu lagi kerana keluar awal dari parc fermé.

Di sebalik kekecewaan Yohan Rossel, beliau mungkin boleh merasa lega dengan ketidakhadiran pemandu pencabar kejuaraan Oliver Solberg dan Gus Greensmith untuk mengutip mata di Portugal ini yang bermakna dia mendahului 12 mata di hadapan pesaingnya yang lain untuk terus mengejar kejuaraan WRC2.

BACA : WRC2 2024 – NIKOLAY GRYAZIN MENANG BERSAMA CITROEN C3 RALLY2

BACA : WRC2 2024 – OLIVER SOLBERG HEBAT DI BUMI SENDIRI. SYABAS ANAK MUDA!

Google ads

B K

Back to top button