
WRC2 2025 – ALEJANDRO CACHON MENANG BUAT KALI PERTAMA DAN TOYOTA GR YARIS RALLY2 MASIH LAGI MENANG DI JEPUN
Pemandu rali berasal Sepanyol Alejandro Cachón akhirnya berjaya meraih kemenangan WRC2 pertamanya di FORUM8 Rally Japan hujung minggu lalu, dengan berjaya mengekalkan ketenangannya meskipun hujan lebat untuk menewaskan Nikolay Gryazin dan Jan Solans selepas hari terakhir yang cukup dramatik.

Alejandro Cachón berjaya mendahului dari awal hingga akhir perlumbaan dengan memandu jentera kebanggaan tuan rumah, Toyota GR Yaris Rally2 miliknya, berjaya mengharungi permukaan asfal yang basah dan licin untuk menang dengan kelebihan catatan masa 54.6 saat. Ternyata kelebihan awal yang diraih pada peringkat awal berjaya dikekalkan sehingga ke akhir perlumbaan tanpa sebarang masalah.
Sebetulnya Alejandro Cachón menghadapi sedikit masalah dengan logistik dengan kapal laut membabitkan jentera beliau yang cukup ikonik dengan livery Repsol masih lagi tidak tiba di Jepun walau pun telah hari Rabu sebelum pertandingan. Mujur tindakan pantas pasukannya Téo Martin Motorsport menghantar jentera baru menggunakan kapal terbang untuk memulakan perlumbaan.

Di belakangnya, sepatunya menjadi milik Jan Solans yang turut memandu jentera Toyota GR Yaris Rall2 namun jentera beliau berpusing pada ujian kedua terakhir sekaligus membolehkan Nikolay Gryazin merampas tempat kedua dalam Škoda Fabia RS Rally2 miliknya dengan hanya kurang seminit.
Nikolay Gryazin pula mengakui bahawa beliau sedikit kurang yakin untuk memecut laju dengan kondisi hujan dan licin namun masih berupaya untuk menempat podium yang keempatnya untuk musim ini
Sementara itu,Jan Solans yang mungkin sedikit kesal dengan kesilapannya di hujung perlumbaant tetapi masih meraikan kejayaan di tempat ketiga untuk melengkapkan podium berganda Toyota dalam kategori tersebut.
Bekas pemandu F1 Heikki Kovalainen yang aktif berlumba rali di Jepun pula menduduki tempat keempat keseluruhan juga dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 dengan pemandu tuan rumah berjaya menduduki tempat kelima keseluruhan.

Oh ya, untuk rekod, juara WRC2 Oliver Solberg juga sebenarnya beraksi di Jepun dan sepatutnya muncul juara kelas WRC2 namun disebabkan beliau tidak lagi boleh mengutip mata, maka kemenangan yang diraih hanyalah untuk kseseronokan semata.
Kredit Foto : WRC
BACA : WRC2 2025 – PEMANDU TUAN RUMAH JAN CERNY MENANG DI HALAMAN SENDIRI
BACA : WRC2 – AKHIRNYA TAHTA WRC2 MENJADI MILIK OLIVER SOLBERG DI CHILE

