Buletin

WRC2 – AKHIRNYA TAHTA WRC2 MENJADI MILIK OLIVER SOLBERG DI CHILE

Pemandu muda sensasi dari Sweden, Oliver Solberg bersama juruarah Elliott Edmondson akhir sahih dinobatkan sebagai juara WRC2 2025 setelah muncul sebagai pemenang di Elliott Edmondson.

Oliver Solberg berjaya mempamerkan pemanduan yang handal ketika mengharungi empat perlumbaan peringkat akhir tanpa masalah untuk memastikan kemenangan di Chile milik beliau bagi mengenepikan saingan ke atas pencabar beliau Nikolay Gryazin untuk meraih mata maksimum. Secara ironinya kira – kira 12 bulan yang lalu di lokasi yang sama Oliver Solberg mengalami masalah tayar pancit dan menyebabkan beliau kehilangan tahta kejuaraan WRC2 dengan hanya perbezaan tiga mata.

Dan kempen Oliver Solberg dalam kelas WRC2 musim 2025 dilihat cukup sukar untuk dicabar. Selepas beralih pasukan dan jentera dari Skoda Fabia RS Rally2 ke Toyota GR Yaris Rally2 bersama pasukan Printsport, ianya adalah jentera dan pasukan yang serupa yang dipandu oleh Sami Pajari musim lepas yang berjaya meraih tahta WRC2 2024. Ajaibnya musim ini menyaksikan Oliver Solberg meraih lima kemenangan daripada tujuh perlumbaan pungutan mata yang disertai beliau.

Musim ini bermula dengan kemenangan ketiga berturut-turut di Rally Sweden, diikuti dengan kemenangan di Portugal, Greece, Paraguay, dan, akhirnya, di Chile untuk memastikan kejuaraan berjaya di noktahkan.

Sebetulnya impian untuk meraih gelaran sudah mula kelihatan kelihatan pada saingan hari Jumaat apabila saingan utama Yohan Rossel dan Gus Greensmith kedua-duanya terpaksa bersara daripada perlumbaan, meninggalkan hanya NIkolay Gryazin dalam kedudukan untuk menangguhkan kejayaan beliau. Cabaran Yohan Rossel berakhir dengan kebocoran minyak, manakala Gus Greensmith mengalami masalah enjin.

Pun begitu, Nikolay Gryazin yang menamatkan saingan 40.4 saat di belakang Oliver Solberg, pemandu Škoda itu kekal dalam perebutan gelaran WRC2 Challenger dan memperoleh mata maksimum dalam kategori itu. Jan Solans melengkapkan podium WRC2 dengan jentera Toyota GR Yaris Rally2, walaupun pemandu Sepanyol itu berada lebih seminit di belakang Nikolay Gryazin.

Sementara itu, hero tempatan Jorge Martinez yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima keseluruhan untuk memberikan sedikit keceriaan kepada penyokong tempatan

Kredit Foto : WRC

BACA : WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG MENANG DI PARAGUAY. TAHTA WRC2 SEMAKIN HAMPIR

BACA : WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG HEBAT MENANG DI EKO ACROPOLIS RALLY GREECE

Google ads

B K

Back to top button