Advertisements
Motosikal

EICMA2026: ROYAL ENFIELD CONTINENTAL GT 750 DIUMUMKAN – 54HP, 63NM

Royal Enfield dengan rasminya memperkenalkan Continental GT 750 ketika di EICMA 2026 yang berlangsung di Milan, Itali. 

Menurut Royal Enfield, Continental GT 750 ini merupakan model paling berprestasi tinggi pernah dihasilkan syarikat itu dalam tempoh 125 tahun.

Meskipun Royal Enfield enggan mendedahkan spesifikasi penuh namun memandangkan Continental GT 750 ini dikuasakan enjin sama yang terdapat pada Himalayan 750  baharu maka kita tahu unit tersebut menghasilkan 54hp pada 7,000rpm dan 63Nm pada 5,000rpm. 

Bagaimanapun,dijangkakan enjin tersebut telah ditala semula bagi menghasilkan pecutan yang lebih cepat nisbah gear akhir yang lebih panjang bagi menghasilkan top speed yang lebih tinggi. Untuk rekod, meter analog memaparkan kelajuan sehingga 200km/j dan redline RPM pada 7,500rpm. 

Sementara itu, Continental GT 750 muncul dengan dua varian, standard dan cafe racer dengan varian cafe racer hadir dengan handlebar jenis clip-on.

Model baharu ini dilengkapi dengan suspensi boleh laras (preload) yang dibekalkan Showa.

Bagaimananpun, Continental GT 750 ini tidak dilengkapi dengan ride-by-wire seperti Himalayan 750 sekaligus terlepas ciri seperti cruise control dan riding mode.

Royal Enfield dijangka akan mengumumkan spesifikasi penuh bagi Continental GT 750 tidak lama lagi. 

GALERI: ROYAL ENFIELD CONTINENTAL GT 750

Google ads
Back to top button