,
BuletinMotosikal

YAMAHA Y15ZR V3! 155VVA, KEYLESS!

Sebentar tadi ,bertebaran foto ini dalam beberapa kumpulan perbualan whatsapp dan dalam masa kurang daripada 0.0005 saat, ia mula membanjiri laman facebook kumpulan peminat motosikal dan juga laman facebook yang tak ada kena mengena dengan motor pun sebab nak cari trafik.

Apa kaitan kaitan Y15ZR ni dengan laman ikan, laman bercucuk tanam pun kami tak pasti. Tapi yang paling menariknya, semuanya berkongsi kapsyen yang hampir sama.

“1 unit Y15ZR V3 dah tiba di Hong Leong Yamaha untuk ujian”

Ya. kami tak perlu kejutkan kawan di Hong Leong Yamaha pun untuk pastikan yang berita itu salah. Foto ini dirakam yang pastinya ia adalah spesifikasi khusus pasaran Vietnam, pasaran di mana Y15ZR paling penting di dunia yang juga dikenali dengan nama Yamaha Exciter RC.

Adakah ia sekadar mainan dan foto usikan sahaja?

Sebagai pemngikut model ini dari awal, kami boleh katakan, ini adalah foto yang sahih. Dengan kedudukannya dalam pallet bungkusan motosikal yang baru dibuka, besar kemungkinan ia akan dilancarkan di Vietnam dalam masa terdekat.

Ya. Ia memang facelift ke tiga bagi Yamaha Y15ZR (Exciter RC di Vietnam) yang mana kami rasa merupakan perubahan paling besar pernah dibuat pada model ini.

Pertama kali, Exciter RC dilancarkan di Vietnam pada 2014, kemudian menerima perubahan agak besar pada 2018 menerusi kemasukan lampu LED hadapan, bentangan meter digital penuh baharu, tayar depan lebih lebar dan monoshock belakang dipertingkatkan.

Apa pula yang baru untuk V3 ni?

Keseluruhan rupabentuk Exciter ini berubah hampir 90 peratus. Melihat Bahagian sisi panel badannya direka semula dan di belakang, lampu R15 telah menggantikan lampu LED asal yang tak pernah digantikan sejak model V1 – sekali tengok, ya memang buruk, dua kali tengok?

Tetap buruk bila digabungkan dengan mudguard belakang yang kini ada cover plastik dan ditambah dengan grab bar baru. Nampak memang cacat sangat lah. hahahahah

Bagaimana dengan rupa di depan?

Tak berapa jelas dari foto yang ada. Kelihatan bahagian panel badan depan telah direka semula dengan lebih “mendada”. Bahagian lampu utama nampaknya menerima unit baru yang lebih nipis.

Cuma ada satu sudut gambar “kepala” V3 ni dan secara jujurnya dari sudut ini, ia juga nampak buruk yang tak boleh dimaafkan. Dari segi spesifikasi, besar kemungkinan ia menggunakan mentol jenis LED.

Apa lagi yang baru?

Enjin.

Ya. Akhirnya Y15ZR akan didatangkan dengan enjin model 155 VVA (seperti yang tertera pada pelekat sisi) yang mana besar kemungkinannya diambil daripada R15 V3.

Dan jika semuanya berdasarkan spesfikasi semasa, ia juga akan digandingkan dengan kotak gear manual ENAM KELAJUAN – akhirnya… ia akan mencapai kuasa setinggi 18.3 kuasa kuda, penambahan 3 kuasa kuda berbanding enjin Y15ZR sekarang.

Apa lagi?

Kelihatan dari sudut ini ialah suis pemutar nyalaan enjin yang mana ia datang dari unit yang sama dengan NVX – tanpa kunci atau dalam bahasa mat salleh panggil keyless.

Ia juga satu kemajuan yang besar namun ada satu benda yang tidak sedap didengar. Jika anda mahu salin V3 ini kepada model V1 atau V2, ia memerlukan set pendawaian baru dari V3 yang lengkap bersama ECU yang juga bersambung dengan sistem keyless ini.

Ya. begitulah caranya, tak boleh main bedal je nak salin bodypart.

Apa lagi yang baru?

Berkemungkinan besar, paparan meternya juga adalah rekaan baru kerana kalau lihat pada foto yang dilampirkan bentuk perumahnya tidak sama dengan meter V2, ia juga tak sama dengan meter NVX.

Berkemungkinan besar, ia meter yang benar-benar baru dan bukan direcycle daripada model sedia ada.

Sehingga kita mendapat foto lain, itu sahaja yang boleh kami kongsikan setakat ini.

Jadi apa pendapat anda?

BACA: 7 BENDA BARU PADA YAMAHA EXCITER VVA V3!

Google ads
Back to top button