
PEMANDU TOYOTA HILUX GILA DI BAZAR RAMADAN BUKIT SENTOSA
Hari ini netizen dikejutkan dengan satu klip video yang menunjukkan sebuah trak pikap Toyota Hilux dipandu secara membabi buta di sebuah di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
Video berdurasi 3 minit itu menunjukkan Hilux berwarna kelabu melanggar beberapa gerai menjual makanan.
Sementara beberapa orang lelaki termasuklah anggota RELA cuba menghentikan perbuatan pemandu terbabit menggunakan kayu dan objek lain.
Apabila semakin ramai mengerumuninya, pemandu itu bertindak agresif dengan terus memandu laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain. Akibatnya, dua orang dilaporkan cedera kerana dilanggar.
Mujur tiada yang terkorban.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sudah menahan pemandu berusia 30-an itu.
“Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan dua lelaki cedera.
“Kami sudah menahan suspek kerana didapati memandu kenderaan secara melulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan. – Harian Metro, YouTube Geng Bola
- BACA: BERBASIKAL DARI AMPANG KE JELEBU, 3 LELAKI DIKOMPAUN RM1,000
- BACA: CUBAAN RENTAS NEGERI GAGAL DI LPT2. 4 LELAKI DIKOMPAUN, DIARAH BERPATAH BALIK
- BACA: REMAJA PEREMPUAN MABUK REMPUH DAN SERET ANGGOTA PGA DI LAHAD DATU
- BACA: INI SEBAB KENAPA PEMANDU MABUK TIDAK DIKENAKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI

