Artikel PilihanMotosikal

7 BENDA BARU PADA YAMAHA EXCITER 155 VVA V3

Sejak semalam, laman web dihujani oleh foto-foto Yamaha Exciter V3. Dan seperti yang kami ulas semalam, ia bukanlah foto di Malaysia tetapi ia model untuk pasaran Vietnam.

Yamaha Motor Vietnam dalam masa terdekat akan melancarkan model ini. Ia sudah terdedah dan hampir seluruh badan model baru ini dapat dilihat dengan jelas.

Menerusi foto ini juga kita dapat melihat beberapa perubahan besar yang dibuat oleh Yamaha demi “mengangkat” kembali Exciter/Y15ZR menjadi Raja kapcai dalam pasaran.

Ramai yang bertanya tentang spesfikasi model baru ini. Apa sahaja pembaharuan yang telah dibuat?

1.REKABENTUK BADAN

Seperti yang dapat anda lihat. Perubahan amat ketara. Ia boleh dikatakan perubahan total terhadap bodywork Exciter RC 150.

Di bahagian sisi, panel badan telah direkabentuk sepenuhnya. Jika dilihat pada rekaan pelana nya juga, kontur seakan-akan sudah berubah. ia kelihatan lebih lebar dan “tinggi” untuk pembonceng belakang.

Kelihatan juga ialah grab bar belakang rekaan baru. Mudguard belakang juga nampaknya telah direka semula. Berbeza dengan sebelum ini yang direka dengan besi terus ke bahagian panel plastik, rekaan baru ini nampaknya seperti satu perumah plastik yang berfungsi menutup bahagian besi sebelumnya.

Sekali imbas, Ya, ia nampak pelik, seolah-olah ia bukan direka untuk motosikal ini.

2. LAMPU HADAPAN DAN BELAKANG

Ya. Walaupun rekaan lampu V2 masih baru di pasaran, Yamaha nampaknya cuba untuk membuat pembaharuan seterusnya. Tetapi apa yang anda lihat pada foto ini mungkin mengejutkan.

Lampu hadapan V3 ini kelihatan tidak “kena” pada tempatnya. Ya, nampak aneh dengan “visor” besar di kepalanya. Namun menjustifikasikan rekaan dengan hanya sekeping foto juga agak payah.

Selain lampu hadapan, lampu belakang juga telah diganti dengan lampu dari siri YZF – R Yamaha yang lain. Tepi secara jujurnya, rekaan lampu V2 sebenarnya ialah rekaan paling cantik dan kemas pada sebuah kapcai.

3. METER DIGITAL

Beberapa minggu lalu telah tersebar foto meter yang dikatakan sebagai meter Exciter 155 VVA. Namun, tiada yang berani mengesahkannya memandangkan ia unit tunggal tanpa sebarang bayangan badan.

meter yang disebut-sebut untuk V3

Dan apabila foto terbaru ini terdedah, jelas memang ia unit yang sama digunakan pada V3. Anda boleh perhatikan lengkok perumah yang sama rekaannya dengan foto di bawah.

Jadi, ia melengkapkan teka teki bahawa versi V3 ini akan datang dengan meter digital serba baharu menggantikan meter V2

4. SISTEM KEYLESS / TANPA KUNCI

Yamaha Exciter V3 ini akan jadi kapcai pertama yang menggunakan sistem kunci pintar. Seperti yang dapat anda lihat pada foto tersebut, tiada lagi kunci biasa sebaliknya dilengkapi dengan suis pemutar yang sama dipasangkan pada Yamaha NVX.

5. BREK HADAPAN 2 POT

Mungkin ramai yang tak perasan, tetapi dalam satu sudut foto yang agak kabur, kelihatan brek hadapan V3 ini telah dinaiktaraf kepada angkup 2 omboh (berbanding 1 piston sebelum ini)

Melihat pada saiz cakera yang tak berubah, besar kemungkinan angkup ini datangnya daripada Yamaha FZ150i dan bukannya daripada LC135ES (yang telah ditamatkan pengeluaran) atau Yamaha YZF-R15 kerana cakera yang digunakan oleh R15 adalah lebih besar.

6. ENJIN

Perubahan terbesar sudah tentunya datang dari unit enjin dari model R15 V3 yang digunakan pada model ini. Ia kini dilengkapi dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation).

Secara keseluruhan, enjin baru ini mampu menghasilkan sekitar 19 kuasa kuda. satu berubahan yang besar dengan peningkatan jumlah sesaran yang kecil.

7. TRANSMISI

Enjin V3 dari Model R15 ini didatangkan dengan transmisi manual 6 kelajuan. Ya, akhirnya V3 akan didatangkan cukup sifat dengan enam gear. Taklah malu dengan Sym dan Benelli motor China pun pakai 6 gear sekarang kot, nama super kapcai tapi gear RGV tahun 1998 pun lagi banyak.

OK. Jadi secara keseluruhannya, kami rasa ia satu pembaharuan yang berani dari Yaah dalam usaha untuk mengekalkan popularitinya sebagai raja kapcai.

kalau dibandingkan dengan model-model lepas, mana maunya Yamaha (honda Suzuki Kawasaki pun) nak buat facelift besar-besaran macam ni.

Paling terer pun tukar stiker dan design.

Tapi ini mungkin disebabkan cabaran dari Honda WInner X yang buat perubahan besar, jadi Yamaha pun melawan semula.

Dan akhirnya pengguna yang akan menang.

Kedai motor harga Israel pun menang juga la…

Google ads
Back to top button