
ZEEKR 007 RASMI DILANCARKAN – JANA 637HP, PENGECASAN 15 MINIT TAWAR JARAK GERAK 500KM, HARGA BERMULA RM135K
Pesaing Tesla Model 3, Zeekr 007 akhirnya secara rasmi dilancarkan di China dan penghantaran pertama dijangka bermula pada 1 Januari 2024.
Syarikat milik Geely itu mencapai kejayaan agak memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan pelancaran sedan 001, MPV 009, dan SUV X, dan kini, 007.
Zeekr 007 dibina di atas platform PMA2+ dan dimensinya ialah 4,865/1,900/1,450mm dengan jarak roda 2,928mm.
Dari segi luaran, Zeekr 007 tiba dengan fasia hadapan yang menempatkan lampu LED dan paparan lebar penuh yang boleh disesuaikan untuk memaparkan mesej bertulis.

Kereta itu juga membenarkan pemandu bercakap dengan pejalan kaki atau membuat bunyi pratetap kerana EV tersebut mempunyai pembesar suara.
Car News China melaporkan bahawa model baharu ini ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu:
- Dawn Brown
- Clear Sky Blue
- Mist Silver
- Misty Grey
- Bright Moon White
- Polar Night Black
Di bahagian dalam, ia dikendalikan oleh Zeekr OS 6.0, menampilkan AR-HUD 35.5-inci serta LCD 15.05-inci boleh diputar dengan resolusi 2.5k OLED dan 21 pembesar suara Dolby Atmos dan semuanya dikuasakan oleh cip Snapdragon 8295 Qualcomm.

Zeekr mendakwa ia adalah EV pertama dihasilkan secara besar-besaran dengan komunikasi satelit yang dipasang pada kenderaan.
Zeekr 007 turut dilengkapi dengan ADAS Navigation Zeekr Pilot (NZP) termasuk lidar, 12 kamera definisi tinggi, radar gelombang 5 milimeter serta 12 radar ultrasonik.
Secara mekanikal, dua rangkaian kuasa tersedia dan semua model 007 disokong oleh seni bina voltan tinggi 800 volt.
Model peringkat permulaan mempunyai motor elektrik tunggal di bahagian belakang, menghasilkan 415hp dan boleh mencapai 100 km/j dalam 5.4 saat.

Selain itu, terdapat juga varian pacuan semua roda dengan janaan kuasa 637hp, dan mempunyai daya pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 2.84 saat.
Kedua-dua varian menggunakan Zeekr Golden Battery, pek lithium iron phosphate yang boleh menyokong kelajuan pengecasan sehingga 500kW, bermakna jarak gerak 500km boleh ditambah dalam masa 15 minit sahaja.
Zeekr juga menawarkan varian long-range sedan baharu yang menampilkan bateri Qilin daripada CATL, menjanjikan jarak gerak sejauh 870km.
Secara keseluruhan, Zeekr menawarkan lima varian harga berbeza Zeekr 007, termasuk dua versi motor tunggal dan tiga versi pacuan empat roda dwi-motor.
Berikut adalah konfigurasi Zeekr 007:
RWD 75 kWh
- 688 km range
Harga: AS$29,400 (RM135,636)
RWD 75 kWh Smart (dilengkapi ADAS)
- 688 km range
Harga: AS$32,200 (RM148,554)
RWD 100 kWh Smart (dilengkapi ADAS)
- 870 km range
Harga: AS$36,400 (RM167,931)
AWD 75 kWh
- 616 km range
Harga: AS$32,200 (RM148,554)
AWD 100 kWh Smart (dilengkapi ADAS)
- 770 km range
Harga: AS$36,400 (RM167,931)
AWD 100 kWh Performance (dilengkapi ADAS)
- 660 km range
Harga: AS$42,000 (RM193,767)
GALERI:









