
ZEEKR 001 FR DEBUT 1 SEPTEMBER, BAKAL DIJANA 4 MOTOR ELEKTRIK, HARGA RM637K
Zeekr baru-baru ini mendedahkan model terbaharunya, Zeekr 001 FR bakal melakukan debut pada 1 September ini dan diberi tanda harga AS$137,000 (RM637,872).
Zeekr 001 FR adalah versi sporty bagi model standard Zeekr 001 yang dibina berdasarkan pada platform SEA dengan dimensi berukuran 4,970mm (panjang), 1,999mm (lebar) dan 1,560mm (tinggi).
Sebagai perbandingan, 001 adalah 4mm lebih pendek, 32mm lebih lebar dan 151mm lebih tinggi daripada Porsche Taycan Cross Turismo.

Dari segi reka bentuk, ia kekal hampir sama dengan versi standard tetapi mempunyai bentuk badan seperti shooting break EV.
Bahagian hadapan Zeekr 001 FR dipadankan bersama bampar sporty dengan salur udara berbentuk trapez yang besar dan terdapat jalur merah. Sementara di bahagian belakang pula, 001 FR diserlahkan spoiler besar.
Penjana kuasa Zeekr 001 FR tidak didedahkan setakat ini namun, Zeekr membayangkan bahawa kenderaan ini akan menjadi lebih padu.

Sebelum ini, beberapa sumber China melaporkan bahawa ia bakal dijana oleh tiga motor elektrik.
Perlu diingat bahawa Zeekr 001 FR disokong oleh platform serupa dengan Lotus Eletre R+ di mana model berkenaan dikuasakan tiga motor elektrik. Jadi, ada kemungkinan Zeekr FR mempunyai tiga motor elektrik.
Selain, Zeekr juga berkongsi bahawa kemungkinan model baharu ini dipacu oleh empat motor elektrik dan berupaya menghasilkan 1,000hp.
Sekiranya FR 001 dijana empat motor elektrik, ia akan menjadi kenderaan elektrik pertama dengan 4 motor yang disokong oleh platform SEA.
- BACA: FOTO INTIP MPV ELEKTRIK VOLVO, MIRIP ZEEKR 009 – BAKAL DILANCARKAN PADA Q4 2023
- BACA: ZEEKR TERIMA PELABURAN RM3.3 BILION – BOLEH BUAT MODAL UNTUK R&D TEKNOLOGI
- BACA: EV ZEEKR 001 2023 DILANCARKAN DI CHINA, 1,032KM SEKALI CAJ, BERMULA RM191K
- BACA: ZEEKR MAHUKAN LEBIH RM4.4 BILION MELALUI IPO DI AMERIKA SYARIKAT, SEDIA BERSAING DENGAN TESLA DAN NIO

