Motosikal

ZERO MOTORCYCLES RECALL MODEL SR,SR/F DAN SR/S 2022. SALAH PASANG PAD BREK

Zero Motorcycles memanggil semula beberapa jentera SR, SR/F dan SR/S 2022 berikutan pemasangan pad brek yang salah ketika proses pembikinan motosikal terbabit.

Tindakan berkenaan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga kerana pemasangan pad brek salah pada bahagian belakang boleh mengundang risiko kemalangan.

Jentera-jentera yang terlibat dibangunkan antara 15 hingga 22 November 2021.

Zero Motorcycles menjangkakan sebanyak 45 unit pemilik motosikal terjejas akibat kesilapan tersebut.

Menurut syarikat berkenaan,  pad brek yang salah dipasang berbeza berbanding digunakan untuk memperakui pematuhan FMVSS 122.

Justeru, Zero Motorcycles tidak dapat mengesahkan sama ada ia dapat berfungsi seperti diharapkan.

Sehingga kini, syarikat itu mengatakan bahawa tidak mengetahui sebarang kemalangan atau kecederaan disebabkan kesilapan tersebut. – rideapart

Google ads
Back to top button