
HONDA INDIA BIKIN ENJIN UNTUK PASARAN ANTARABANGSA. SASAR 50K UNIT TAHUN PERTAMA
Honda India mula membangunkan enjin di kilang baharu di Vithalapur, Gujarat.
Kilang baharu itu bukan sahaja akan membikin pelbagai model yang terdapat di pasaran India tetapi membangunkan enjin untuk pasaran dunia.
Penyumberan luar pembuatan ke negara lain sudah lama diamalkan dan sebahagian besar bertanggungjawab dalam menurunkan harga jentera di pasaran.
Antara jenama lain yang mengamalkan kaedah berkenaan termasuk BMW dan KTM apabila membangunkan enjin di negara China.
Selain dapat menjual jentera-jentera pada harga kompetitif, ia juga dapat membuka ribuan peluang pekerjaan di pasaran mambangun tersebut.
India merupakan antara pasaran motosikal terbesar di dunia mula mengeksport motosikal pada pentas antarabangsa terutamanya melalui Royal Enfield.
Buat masa ini, Honda India akan mengeluarkan enjin berkapasiti kecil untuk digunakan pasaran negara serantau.
Enjin satu silinder 250 cc dan ke atas sama seperti digunakan Rebel 250, CB300R serta CRF300L akan dikeluarkan India.
Ia akan dieksport ke pasaran Asia Pasifik seperti Thailand, Jepun dan Australia serta beberapa pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.
Honda India menjangka pengeluaran mencecah 50,000 unit enjin motosikal pada tahun pertama pengeluaran. – rideapart