Artikel Pilihan

MERCEDES EQXX EV BERKUASA, 1207KM BOLEH JALAN SEKALI CAJ

Kemajuan bidang kimia dan pembuatan bateri yang semakin bagus menyaksikan pembuat kereta menghasilkan bateri dan jarak perjalanan yang semakin jauh saban tahun. Sebagai contoh Lucid Air mampu dipandu sejauh 837km untuk satu pengecasan penuh, meninggalkan Tesla di belakang.

Namun jarak itu bakal dicabar oleh Mercedes Benz dengan pengenalan model Vision EQXX yang mampu dipandu sejauh 1207km untuk satu pengecasan penuh. EV daripada Mercedes ini bakal ditayangkan pada 3 Januari 2022 nanti. Mercedes mendakwa model ini akan menjadi penanda aras sebuah EV dalam teknologi EV dan juga sistem perisian

Bagi mencapai jarak yang bagus, Mercedes telah menghasilkan rekaan badan yang lebih aerodinamik, kadar seretan angin yang lebih rendah dan juga bateri yang sangat besar. Sebagai rekod Mercedes Benz EQS 2022 direka dengan kadar seretan serendah 0.2, tapi model EQXX dikatakan datang dengan nilai yang lebih bagus dan lebih rendah

Berbeza dengan jenama lain yang masih lagi membina identiti rekaan, Mercedes Benz EQXX sudahpun matang dari segi rekaan dan penjenamaan. Malah rekaan EQXX lebih menyerlah berbanding EQS. Buat masa ini Mercedes enggan mendedahkan spesifikasi bateri yang digunakan oleh mereka, tapi memberi bayangan ia 20% lebih bagus berbanding EQS

Google ads
Back to top button