
HABUK PAD BREK ADALAH LEBIH BERBAHAYA DARI ASAP DISEL – INI HASIL KAJIAN SAINTIFIK
EV dipuji oleh ramai pengikut dan pecinta alam sebagai kenderaan yang mesra alam sekitar untuk mengatasi masalah kepanasan global. Ia juga dikatakan akan menjadikan udara di bumi semakin bersih. Namun ramai yang menyangkal dakwaan tersebut. Kajian terbaru mendapati habuk yang dihasilkan oleh pad brek dari EV dan kenderaan ICE adalah jauh lebih berbahaya berbanding asap kenderaan.

Ini sesuatu yang mengejutkan kerana walaupun EV rata-ratanya menggunakan brek regeneratif mengurangkan penggunaan brek tradisional, ia juga adalah lebih berat berbanding kenderaan ICE sekaligus menyebabkan ia memerlukan daya brek yang lebih untuk berhenti. Makin kuat daya brek makin banyak habuk dihasilkan setiap kali brek ditekan.
Sekumpulan saintis dari University of Southhampton, UK telah mengkaji kesan jangka panjang pada paru-paru manusia hasil penggunaan pad brek yang berbeza. Pad yang diuji ialah pad komposisi logam rendah, separuh logam, pad organik bebas asbestos dan seramik hibrid.

Selalunya bila dilabelkan sebagai organik tentunya sekali ianya lebih baik untuk manusia dan alam sekitar. Namun sebenarnya tidak untuk pad brek, ia didapati lebih bertoksik kepada paru-paru manusia berbanding emisi disel. Ia cukup popular di AS kerana ia lebih murah, senyap dan tahan lama.
Pad generasi baharu ini adalah gantian kepada pad asbestos lama. Ia mengandungi serat tembaga untuk peningkatan aliran suhu yang lebih baik, sama seperti asbestos. Asbestos dikeluarkan dari campuran kerana menyebabkan masalah paru-paru. Tapi yang kelakarnya serat tembaga dalam pad brek moden juga didapati menyebabkan masalah pada paru-paru. Kesannya ialah asma, kanser dan masalah jantung yang kronik. Pulok doh.
Masalahnya walaupun terdapat piawaian perundangan yang mengawal selia emisi ekzos di seluruh dunia, tiada yang menguatkuasakan emisi kotoran brek dan tayar. Sama macam brek juga, disebabkan EV adalah lebih berat berbanding kenderaan berkuasa ICE, ia akan menghasilkan lebh banyak kotoran daripada brek dan tayarnya.

Huk aloh, lepas tu kena naik basikal balik ke macam mana ni?



