BuletinMotosikal

DUCATI PANIGALE V4 DIJANGKA TIBA MAC 2018. HARGA ANGGARAN RM130K++

Ini maklumat yang baru sahaja Abang Japar terima dari sumber yang boleh dipercayai. Ducati Panigale V4 yang baru diperkenalkan di EICMA, Milan, Itali bulan lalu dijangka akan masuk ke pasaran Malaysia seawal bulan Mac 2018.

Ducati Malaysia diedarkan oleh Next BIke Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Naza yang berpusat di Petaling Jaya Selangor. Mereka memiliki hak pemasangan dan edaran motosikal jenama Itali tersebut.

Menurut sumber yang rapat dengan industri, Ducati Panigale V4 dijangka akan dilancarkan menjelang Mac 2018. Ketiga-tiga spesifikasi V4 akan diperkenalkan iaiatu V4, V4 S dan V4 Speciale. 

BACA: KECANTIKAN DUCATI V4 DALAM “WIND TUNNEL”

Sumber mekanika juga memberitahu, harga pengenalan untuk model V4 bermula sekitar RM130,000 dan jika maklumat ini benar, ia sesuatu yang menarik kerana ia berada dalam lingkungan motosikal seperti Yamah R1 (import bebas) dan ia lebih murah dari Honda CBR 1000RR yang sudah mula diimport secara persendirian oleh pengimport bebas.

Teknologi MotoGP menerusi enjin V4 Panigale ini memang sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat superbike Eropah. Susunan enjin 4 selinder 90 darjah dengan kapasisti 1,103cc ini juga menghasilkan sejumlah 214 kuasa kuda dan 124Nm tork.

Lebih mengagumkan juga binaan keseluruhan motosikal ini hanyalah 175kg. 

Dan walaupun menggunakan enjin yang baru sepenuhnya, rekabentuk seksi Panigale (pada model 1299) masih berupaya dikekalkan. Tak hairanlah ia diundi sebagai motosikal paling cantik di EICMA yang lalu.

 

Google ads
Back to top button